Abstract
Media massa mempunyai pelbagai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pembangunan ini tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi pembangunan modal insan hams juga dilihat sebagai satu agenda penting negara untuk menjamin kemajuan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk di dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan. Hasrat untuk melahirkan dan membangunkan modal insan berhadapan dengan cabaran budaya hedonisme dan budaya popular terutamanya di kalangan remaja yang dibawa oleh media massa. Kesan dan pengaruh media massa terhadap khalayak telah lama hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan ulama. Fenomena penjajahan budaya yang disebut sebagai 'cultural imperialisme ' sangat ketara diamalkan oleh golongan remaja menerusi cara pergaulan, pakaian, hiburan dan aktiviti seharian. Peranan media massa yang utama sebagai sumber maklumat telah disalahgunakan untuk mendapatkan hiburan semata-mata. Penyelidikan ini bertujuan meninjau peranan media massa dalam usaha pembangunan modal insan, di samping menganalisa tahap penggunaan media di kalangan remaja. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu pengamal media dalam merangka kandungan media yang sesuai untuk pembangunan umat sejagat.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramlan, Aini Faezah UNSPECIFIED Abd Aziz, Siti Hajar UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Melaka P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Broadcast journalism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Media massa; Pembangunan modal insan; Fakulti Pengajian Media; UiTM Melaka |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41703 |
Download
41703.pdf
Download (1MB)