Kajian ke atas keberkesanan subjek CAD/CAM terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan universiti awam / Mohamad Irwan Yahaya, Rosley Jaafar and Noor Iswadi Ismail.

Yahaya, Mohamad Irwan and Jaafar, Rosley and Ismail, Noor Iswadi (2007) Kajian ke atas keberkesanan subjek CAD/CAM terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan jurutera mekanikal bagi graduan-graduan universiti awam / Mohamad Irwan Yahaya, Rosley Jaafar and Noor Iswadi Ismail. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan subjek CAD/CAM terhadap kecekapan jurutera pembuatan dan mekanikal bagi graduan-graduan universiti awam. Kemudahan teknologi CAD/CAM dapat membantu dalam industri rekabentuk dan pengeluaran produk dengan cepat dan berkesan.
Struktur kurikulum dan silibus CAD/CAM telah dirangka oleh universiti supaya wujud keseimbangan di antara bidang teoritikal dan praktikal serta relevan dengan kehendak industri. Dalam usaha negara menuju ke arah status negara maju dengan ekonomi berasaskan pembuatan, jurutera-jurutera pembuatan dan mekanikal perlu memahami bidang tersebut dengan khusus dan mendalam. Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor demografi, pengalaman dan pendidikan di universiti serta keberkesanan subjek CAD/CAM terhadap kecekapan bekerja di industri. Peringkat utama penyelidikan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu rekabentuk penyelidikan, pengumpulan data, analisis data dan hipotesis dengan menggunakan perisian SPSS.
Hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara item-item yang dikenalpasti dalam Bahagian B: pengalaman dan pendidikan CAD/CAM dan Bahagian C: keberkesanan subjek CAD/CAM terhadap kecekapan bekerja dengan faktor latar belakang responden yang berkaitan. Penemuan dan hasil penyelidikan ini diharap dapat di manfaatkan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam proses meningkatkan keberkesanan silibus CAD/CAM di universiti supaya dapat memenuhi kehendak dan spesifikasi industri terutama dalam kejuruteraan pembuatan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahaya, Mohamad Irwan
UNSPECIFIED
Jaafar, Rosley
UNSPECIFIED
Ismail, Noor Iswadi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Computer-aided design. CAD/CAM systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Keywords: CAD/CAM, Perisian SPSS, Universiti
Date: January 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41700
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41700.PDF] Text
41700.PDF

Download (75kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

ID Number

41700

Indexing

|

Statistic

Statistic details