Pembangunan aturcara berlandaskan algoritma genetik sebagai kaedah penyelesaian masalah pengagihan frekuensi sistem komunikasi selular / Fadzil Ahmad, Mohamad Faizal Abd Rahman and Rozan Boudville

Ahmad, Fadzil and Abd Rahman, Mohamad Faizal and Boudville, Rozan (2008) Pembangunan aturcara berlandaskan algoritma genetik sebagai kaedah penyelesaian masalah pengagihan frekuensi sistem komunikasi selular / Fadzil Ahmad, Mohamad Faizal Abd Rahman and Rozan Boudville. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Dalam projek ini, aturcara komputer untuk penyelesaian masalah peruntukan saluran bagi sistem radio selular telah dibangunkan. Fungsi utama aturcara ini adalah untuk memperuntukan atau mengagihkan saluran-saluran kepada sel-sel, dengan cara yang akan meminimumkan penggunaan frekuensi dan pada masa yang sama gangguan di kalangan panggilan-panggilan dari sel-sel yang berbeza dapat dielakkan. Masukan aturcara ini adalah bilangan permintaan panggilan bagi sel-sel dalam sistem komunikasi selular dan kekangan gangguan di antara sebarang dua sel bagi membolehkan panggilan dari sel-sel tersebut dilakukan tanpa gangguan. Aturcara ini dibangunkan berdasarkan pendekatan Algoritma Genetik yang menggunakan strategi pencarian heuristik. Penjanaan populasi permulaan adalah dilakukan dengan cara yang membolehkan penyelesaian yang menghampiri penyelesaian optimum terhasil apabila saiz populasi yang besar dipilih. Operasi mutasi genetik pula dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti penyelesaian permulaan yang didapati sebelumnya kepada satu penyelesaian optimum. Keputusan simulasi yang menggunakan set- set masukan yang berbeza dilaporkan. Perbincangan secara mendalam mengenai kesahihan keluaran aturcara itu juga dilakukan. Di samping itu juga kajian terhadap jenis-jenis gangguan dan skema-skema peruntukan frekuensi turut dikaji.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41644.PDF] Text
41644.PDF

Download (98kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

41644

Indexing

Statistic

Statistic details