Abstract
Tajuk Rancangan Perniagaan kami ialah Penjualan Barangan Bayi yang kami beri nama Daily Care Baby Centre. Kami telah bersepakat memilih tajuk ini kerana kami menjangkakan perniagaan ini berpotensi untuk maju kerana di lokasi pilihan kami tiada terdapay perniagaan yang mengkhususkan kepada barangan penjagaan bayi sahaja. Oleh itu, kami telah bersepakat untuk menjalankan perniagaan ini memandangkan kadar kelahiran bayi semakin bertambah dan adanya galakan dari kerajaan untuk mencapai pertambahan penduduk Malaysia seramai 17 juta orang menjelang tahun 2000.
Kami telah memilih First floor, Terminal One Shopping Centre, Seremban sebagai lokasi perniagaan kami kerana keluasannya bersesuaian dengan kehendak kami iaitu seluas l500 kaki persegi. Setelah menjalankan beberapa tinjauan dan pemerhatian, kami mendapati Seremban adalah sesuai untuk lokasi perniagaan kami kerana ia merupakan pusat bandar dan pusat himpunan segala aktiviti perniagaan, pentadbiran dan ekonomi di Negeri Sembilan. Taraf hidup penduduk Seremban juga sudah meningkat. Perniagaan ini merupakan perkongsian modal yang disumbangkan sama rata oleh setiap rakan kongsi. Keuntungan dan kerugian akan dibahagi sama rata. Kami berlima telah bersetuju untuk menguruskan sendiri perniagaan ini dengan melakukan kerja-kerja seperti menyusun stok di rak untuk jualan, melayan pelanggan dan menjadi juruwang untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Insyaallah ! Kami akan memulakan perniagaan kami ini bermula 1 Januari 2003. Mengikut ramalan ahli ekonomi dijangkakan pada tahun 2003 keadaan ekonomi negara akan pulih seperti sediakala.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Baharom, Norazlin 96476832 Perman, Sharifah 96254103 Musa, Nor Hazarina 96407687 Ramli, Nor Rohana 96793847 Ismail, Faizatul 96267853 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hasin, Hanafiah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41543 |
Download
41543.pdf
Download (2MB)