Abstract
Malaysia adalah sebuah negara yang unik dari segi seni budayanya. Malaysia kaya dengan warisan seni melayu tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini. Menurut kamus Dewan, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, tulisan, gurindam, seloka, dan sebagainya). Manakala kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan keindahan atau kehalusan. Negara kita Malaysia mempunyai pelbagai jenis kumpulan etnik dan suku kaum, maka dengan itu juga muzik tradisional yang terdapat di negara kita Malaysia wujud dalam pelbagai bentuk atau jenis. Agak sukar bagi kita untuk mengetahui serta mengecam asal usul muzik tradisional sesuatu kumpulan atau suku kaum jika tidak mengenalinya terlebih dahulu. Warisan sejarah budaya tanah air banyak meninggalkan kesan dan mempengaruhi cara hidup sesebuah masyarakat. Ada diantara peninggalan warisan ini menjadi seni tradisi masyarakat hingga ke hari ini. Sebagai contoh, muzik dan rakyat pribumi telah wujud sebelum kedatangan Portugis, Belanda dan British. Walaupun kesenian tradisional berkembang dalam lapisan masyarakat yang berlainan, mereka tetap mempunyai beberapa ciri yang sama.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jonim, Suezyiah 2002331198 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohd. Ghazali, Ghaziah (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater M Music and Books on Music > ML Literature of music > Aspects of the field of music as a whole |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Programme: | Bachelor of Music Education (Hons.) |
Keywords: | tarian, sumazau, muzik |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41477 |
Download
41477.pdf
Download (164kB)