Abstract
Sektor pembinaan bukanlah satu perkara baru di negara kita. Terdapat banyak bangunan yang dibina dengan bentuk yang unik dan canggih dengan menggunakan kaedah dan bahan yang terbaru dan moden. Pada masa kini, teknologi pembinaan cepat merupakan salah satu daripada teknologi yang berkembang dengan baik dan pesat di dalam industri pembinaan. Penggunaannya didapati begitu memberangsangkan dan banyak digunakan dalam semua aspek; rekabentuk, pengiraan, pengeluaran di dalam kilang dan juga pemasangan. la juga memberikan pelbagai kebaikan seperti tempoh pembinaan yang cepat, berkualiti tinggi dan kurang memerlukan tenaga kerja serta penggunaan acuan yang melibatkan kos yang tinggi. Perkembangan ini telah membawa kepada perubahan yang pantas dan berterusan iaitu perubahan dari segi konsep dan rekabentuk.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Zin, Sharifah Nur Hafizah 2000327369 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kaliwon, Julaida UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons) |
Keywords: | Teknologi, Pembinaan, Rekabentuk |
Date: | 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41173 |
Download
41173.pdf
Download (86kB)