Kaedah penyelenggaraan fasad luar Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) / Siti Jazila Md Ali

Md Ali, Siti Jazila (2002) Kaedah penyelenggaraan fasad luar Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) / Siti Jazila Md Ali. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Dalam arus perkembangan ekonomi semasa industri pembinaan turut tidak terkecuali dalam menikmati peningkatan kadar ekonomi yang sentiasa turun naik berdasarkan pasaran dunia. Oleh yang demikian apabila ekonomi semakin meningkat dan stabil maka pembinaan bangunan tinggi secara tidak langsung juga turut meningkat. Pertambahan bilangan dan peningkatan teknologi telah memberi kesan terhadap bangunan tinggi dan ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur; Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor. Konsep bangunan seperti bangunan pintar juga mula disesuaikan dalam pembinaan bangunan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang semakin popular di negara kita. Di samping itu rekabentuk bangunan juga semakin menarik dengan rekabentuk fasad luar bangunan yang pelbagai konsep sama ada konsep moden mahupun tradisional. Bangunan Menara Berkembar PETRONAS yang merupakan bangunan tertinggi di dunia menampilan ciri rekabentuk bangunan menarik kerana bangunan menara ini mempunyai jambatan udara bagi menyeimbangkan struktur bangunan ini. Fasad luar bangunan pula lebih bertumpu kepada penggunaan kaca dan keluli sepenuhnya bagi menonjolkan ciri inovatif bangunan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Ali, Siti Jazila
2000617486
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Zain, Mohd. Fisol (Prof. Madya)
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings
T Technology > TH Building construction > Building inspection
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Bachelor of Building Surveying (Hons.)
Keywords: Penyelenggaraan, Fasad, Menara Berkembar PETRONAS (KLCC)
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41102
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 41102.pdf] Text
41102.pdf

Download (228kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

41102

Indexing

Statistic

Statistic details