Abstract
Pengurusan dana kewangan institusi masjid kini dilihat semakin penting selari dengan fungsi dan perkembangannya kini. Ini adalah kerana dana dan sumbangan yang diterima oleh pihak masjid hasil dari sumbangan orang ramai melibatkan amaun yang banyak (Jaajar, 1999). Sekiranya dana ini tidak diuruskan dengan baik, ia bakal mengundang persepsi kurang baik dari masyarakat khususnya berkaitan isu ketelusan dan penyelewengan di dalam pengurusan dana. Bagi menangani isu ini, pelaporan kewangan dilihat sebagai inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan pengurusan kewangan institusi masjid dan seterusnya mampu mengurangkan tanggapan negatif ini. Namun begitu, persoalan yang lebih asas berkenaan perkara ini adalah; adakah pihak jawatankuasa masjid yang menerima sumbangan dari awam ini dikehendaki atau dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penyata kewangan? Adakah mana-mana peruntukan sedia ada yang menghendaki institusi masjid agar menyediakan laporan kewangan kepada masyarakat awam? Sehubungan itu, kajian ini nanti akan melihat adakah wujud kerangka pelaporan kewangan bagi institusi masjid di Malaysia dan sekiranya ada, apakah tahap pelaporan yang dikehendaki oleh kerangka sedia ada. Kajian ini akan dijalankan dengan mengumpul maklumat dari data sekunder iaitu buku-buku panduan atau tatacara pengurusan masjid yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama bagi negeri Pahang, Selangor dan Kedah. Seterusnya perbandingan akan dibual berkenaan tahap-tahap pelaporan yang dikehendaki bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Diharapkan hasil kajian nanti dapat memberi gambaran tentang amalan semasa berkenaan kerangka pelaporan kewangan bagi institusi masjid dan seterusnya menjadi titik tolak kepada pengurusan kewangan yang telus dan berintegriti.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Azizi@Hamizi azizih@pahang.uitm.edu.my Abd Rashid, Mohd Zulfikri mohdzulfikri@pahang.uitm.edu.my Adnan, Mohd Fairuz fairuzadnan@pahang.uitm.edu.my Amat, Mohd Aripin aripin@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance H Social Sciences > HG Finance > Balance sheets. Financial statements. Including corporation reports. Financial reporting. Financial disclosure H Social Sciences > HG Finance > Balance sheets. Financial statements. Including corporation reports. Financial reporting. Financial disclosure > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 372-377 |
Keywords: | Kerangka pelaporan kewangan, Institusi masjid, Pengurusan masjid |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40997 |