Dimensi kecerdasan emosi di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (Pahang) / Maisarah Ishak and Dr. Sharifah Zannierah Syed Marzuki

Ishak, Maisarah and Syed Marzuki, Sharifah Zannierah (2013) Dimensi kecerdasan emosi di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (Pahang) / Maisarah Ishak and Dr. Sharifah Zannierah Syed Marzuki. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.

Abstract

Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya memberi kesan yang besar terhadap kejayaan seseorang individu. Namun, masalah sosial yang terus mengancam masyarakat hari ini mewujudkan kesedaran bahawa kecerdasan intelektual bukan merupakan satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan penentu kejayaan seseorang. Para ahli psikologi melihat perkara ini berpunca daripada tahap kecerdasan emosi (EQ) yang rendah menyebabkan individu sukar untuk mengawal emosi dalam diri mereka. Hal ini turut memberi kesan ke atas golongan mahasiswa yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah dan tidak mampu mengurus emosi dengan baik. Akibatnya, pelbagai masalah berkaitan akademik dan bukan akademik seperti masalah sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa dan turut memberi kesan negatif terhadap institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap dimensi kecerdasan emosi yang dimiliki oleh pelajar Universiti Teknologi MARA Pahang dalam usaha untuk membantu para pelajar lebih mengenali dan memahami emosi diri mereka. Terdapat enam dimensi kecerdasan emosi yang diberi perhatian iaitu kesedaran kendiri, kawalan diri, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial. Setiap dimensi EQ ini mempunyai ciri-ciri peribadi yang mampu membezakan perwatakan seorang pelajar. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua unsur IQ dan EQ perlu dipupuk dalam kalangan pelajar agar mereka mampu menghadapi cabaran dunia yang semakin sukar dan mencabar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Maisarah
maisarahishak@pahang.uitm.edu.my
Syed Marzuki, Sharifah Zannierah
szannierah@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion > Emotional intelligence. Emotional intelligence testing
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013
Event Dates: 28-29 Oktober 2013
Page Range: pp. 357-365
Keywords: Kecerdasan emosi, Prestasi akademik, Pelajar
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40995
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40995.PDF] Text
40995.PDF

Download (7MB)

ID Number

40995

Indexing

Statistic

Statistic details