Abstract
Kertas kerja ini membincangkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penulisan di Universiti Teknologi MARA (Pahang) setelah sedekad Konferensi Akademik (KONAKA) di kampus ini dilaksanakan. Analisa dan interpretasi data diperolehi daripada koleksi kertas kerja para pensyarah yang telah diterbitkan
dalam prosiding KONAKA sejak tahun 2003 hingga 2012. Subjek akademik, penyelidikan dan penulisan dipilih kerana item ini sangat penting dan merupakan tugas utama setiap pensyarah. Selain itu, ia adalah tonggak penting penentu kecemerlangan sesebuah universiti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan para
pensyarah di UiTM (Pahang) mampu melahirkan idea yang bernas dan kreatif dalam melakukan penambahbaikan kepada sistem akademik, sama ada untuk kumpulan pentadbir, para pensyarah, mahupun kepada siswa-siswinya. Sumbangan penyelidikan dan penulisan amat memberangsangkan merangkumi
pelbagai bidang dan disiplin dan dibentang atau diterbitkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Hasil penyelidikan, penulisan serta komitmen sebagai ahli jawatankuasa KONAKA diiktiraf sebagai sumbangan bermakna untuk universiti dalam kriteria kenaikan pangkat pensyarah atau anugerah anugerah lain yang berkaitan. Selain itu terdapat banyak sumbangan yang telah dipraktikkan seperti sistem pembelajaran maya, prosedur akademik serta kaedah pembelajaran berkesan dalam dan luar bilik kuliah. KONAKA membawa manfaat yang besar untuk pensyarah UiTM (Pahang) dan wajar diteruskan. Cadangan penambahbaikan turut dikemukakan agar KONAKA sentiasa mempunyai nilai tambah dan memberi impak kepada UiTM (Pahang) khususnya dan UiTM secara keseluruhannya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustaffa, Muzamil mmuzamil@pahang.uitm.edu.my Hashim, Sarina hsarina@pahang.uitm.edu.my Kassim, Jamaludin djamal@pahang.uitm.edu.my Manaf, Ainun Jariah ainun@pahang.uitm.edu.my Abdol Lalif, Fatimah fatimah@pahang.uitm.edu.my Wan Omar, Wan Siti Atikah atikah_bio@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 333-340 |
Keywords: | KONAKA, Akademik, Penyelidikan, Penulisan, Universiti Teknologi MARA (Pahang) |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40921 |