Memacu kecemerlangan akademik : Halatuju & peranan pensyarah ACIS / Rasid Muhammad …[et al.]

Muhammad, Rasid and Othman, Muhammad Muzakkir and Budin, Aiza and Wan Ahmad, Wan Azmi and Abdul Wahab, Mohd Hafiz (2013) Memacu kecemerlangan akademik : Halatuju & peranan pensyarah ACIS / Rasid Muhammad …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.
Abstract

Dalam mendepani arus globalisasi serta langit yang terbuka luas ini, perkembangan dunia pendidikan pada hari ini memerlukan suatu lonjakan paradigma, perubahan mekanisme pengajaran bahkan juga melibatkan pensyarah. Hal ini juga turut dialami oleh pensyarah-pensyarah CITU (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam) yang telah mengorak langkah serta menyusun strategi bagi menongkah arus perubahan serta kehendak pasaran yang amat memerlukan bukan hanya golongan pelajar yang berkelulusan agama tetapi juga mampu menterjemahkan setiap isi pelajaran ke dalam dunia kehidupan mereka apabila bergelar seorang graduan. Bertitik tolak dari situ, CITU Pusat Shah Alam telah merangka satu plan strategik bagi mengangkat serta memacu kecemerlangan akademik bukan hanya melibatkan pelajar bahkan juga kecemerlangan akademik pensyarah-pensyarah CITU. Ini kerana pelajar dan pensyarah merupakan dua
komponen yang tidak dapat dipisahkan dalam arus dunia pengajaran dan pembelajaran di dalam alam kampus yang mana kedua-duanya perlu dibangunkan samada melibatkan komponen seperti silibus pengajaran,kaedah pengajaran, tahap kelayakan seperti diploma,ijazah mahupun ijazah tinggi (pasca
siswazah) yang melibatkan peringkat Master dan juga PhD. Kertas kerja ini membincangkan sejarah penubuhan CITU,program serta kod-kod yang ditawarkan,bidang-bidang kepakaran pensyarah CITU ,program-program baru yang diperkenalkan yang melibatkan diploma, ijazah pertama dan juga ijazah tinggi sehingga tertubuhnya ACIS (Academy of Contemporary Islamic Studies).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40878.PDF]
Text
40878.PDF
Download (8MB)
Indexing & Metrics