Abstract
Dalam mendepani arus globalisasi serta langit yang terbuka luas ini, perkembangan dunia pendidikan pada hari ini memerlukan suatu lonjakan paradigma, perubahan mekanisme pengajaran bahkan juga melibatkan pensyarah. Hal ini juga turut dialami oleh pensyarah-pensyarah CITU (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam) yang telah mengorak langkah serta menyusun strategi bagi menongkah arus perubahan serta kehendak pasaran yang amat memerlukan bukan hanya golongan pelajar yang berkelulusan agama tetapi juga mampu menterjemahkan setiap isi pelajaran ke dalam dunia kehidupan mereka apabila bergelar seorang graduan. Bertitik tolak dari situ, CITU Pusat Shah Alam telah merangka satu plan strategik bagi mengangkat serta memacu kecemerlangan akademik bukan hanya melibatkan pelajar bahkan juga kecemerlangan akademik pensyarah-pensyarah CITU. Ini kerana pelajar dan pensyarah merupakan dua
komponen yang tidak dapat dipisahkan dalam arus dunia pengajaran dan pembelajaran di dalam alam kampus yang mana kedua-duanya perlu dibangunkan samada melibatkan komponen seperti silibus pengajaran,kaedah pengajaran, tahap kelayakan seperti diploma,ijazah mahupun ijazah tinggi (pasca
siswazah) yang melibatkan peringkat Master dan juga PhD. Kertas kerja ini membincangkan sejarah penubuhan CITU,program serta kod-kod yang ditawarkan,bidang-bidang kepakaran pensyarah CITU ,program-program baru yang diperkenalkan yang melibatkan diploma, ijazah pertama dan juga ijazah tinggi sehingga tertubuhnya ACIS (Academy of Contemporary Islamic Studies).
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Rasid rasidphg@pahang.uitm.edu.my Othman, Muhammad Muzakkir ziekir@pahang.uitm.edu.my Budin, Aiza aiza_budin@pahang.uitm.edu.my Wan Ahmad, Wan Azmi wanazmi@pahang.uitm.edu.my Abdul Wahab, Mohd Hafiz hafiz@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 252-260 |
Keywords: | ACIS, Lonjakan paradigma, Program baru, Pasca siswazah. |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40878 |