Persepsi pelajar sekolah terhadap penawaran program diploma pengurusan acara di Universiti Teknologi MARA / Norlaili Haji Harun …[et al.]

Haji Harun, Norlaili and Salim, Azmi and Asmui, Mas 'udah and Said, Abd. Razak (2013) Persepsi pelajar sekolah terhadap penawaran program diploma pengurusan acara di Universiti Teknologi MARA / Norlaili Haji Harun …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.

Abstract

Penganjuran majlis sama ada secara formal mahupun tidak formal di setiap organisasi kerajaan ataupun swasta pada hari ini dilihat sebagai satu elemen penting untuk mempromosikan imej organisasi mereka. Tunggak kejayaan dan kecemerlangan kepada penganjuran majlis adalah kerana pengurusan acaranya yang profesional. bersistematik, teratur berpandukan protokol-protokol yang telah digariskan. Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan kepada organisasi dengan membantu mempromosikan sesetengah penganjuran majlis kerana ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan dan penerimaan pelajar sekolah menengah terhadap program Diploma Pengurusan Acara serta mengenalpasti kebolehpasaran program Diploma ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Untuk mendapatkan maklumbalas, satu set borang soal
selidik telah diedarkan kepada 78 responden yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah yang dipilih dari lima (5) buah sekolah di sekitar Daerah Jerantut. Bandar Pusat Jengka dan juga Temerloh. Teknik persampelan rawak secara kluster telah digunapakai bagi memilih sampel bagi kajian ini. Hasil dari
kajian ini mendapati kebanyakan para pelajar telah memberikan maklumbalas yang positif terhadap penawaran program Diploma Pengurusan Acara ini. Mereka bersetuju bahawa penawaran program Diploma ini dapat membantu. meningkatkan kemahiran profesional mereka, mempertingkatkan kemahiran
komunikasi serta keupayaan pemikiran kritikal. dapat membentuk sikap yang positij, meningkatkan sikap kerja berpasukan. sikap kepimpinan serta membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Haji Harun, Norlaili
norlaili@pahang.uitm.edu.my
Salim, Azmi
azmisalim@pahang.uitm.edu.my
Asmui, Mas 'udah
mas'udah@pahang.uitm.edu.my
Said, Abd. Razak
abdrazak@kelantan.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > High schools
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013
Event Dates: 28-29 Oktober 2013
Page Range: pp. 231-240
Keywords: Pengurusan Acara, Kebolehpasaran, Universiti Teknologi MARA
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40868
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40868.PDF] Text
40868.PDF

Download (8MB)

ID Number

40868

Indexing

Statistic

Statistic details