Elemen simetri dalam senibina rumah melayu tradisional Negeri Sembilan / Marina Mohamed, Nor Fadhilah Dzulkifli and Nazirah Ramli

Mohamed, Marina and Dzulkifli, Nor Fadhilah and Ramli, Nazirah (2013) Elemen simetri dalam senibina rumah melayu tradisional Negeri Sembilan / Marina Mohamed, Nor Fadhilah Dzulkifli and Nazirah Ramli. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.
Abstract

Simetri merupakan konsep asas bagi kestabilan, keseimbangan dan keteraturan serta turut melambangkan nilai estetika. Elemen simetri wujud dalam pelbagai bidang seperti bidang sains, kesenian, kejuruteraan, rekabentuk senibina dan lain-lain lagi. Dalam bidang senibina, biarpun elemen simetri ini telah digunakan dengan meluas, namun di Malaysia tiada kajian yang khusus dilakukan terhadap kewujudan elemen ini dalam senibina rumah Melayu tradisonal. Kertas kerja ini membincangkan elemen simetri yang wujud dalam senibina rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan. Elemen simetri dikenal pasti berdasarkan ukuran bagi setiap bahagian rumah dan pemerhatian yang dilakukan. Penemuan kajian ini mendapati rumah melayu tradisional Negeri Sembilan mengguna pakai elemen simetri di hampir setiap ruang rumah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40863.PDF]
Text
40863.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics