Program peningkatan akademik pelajar: Penambahbaikan pelaksanaan program SIMPLE di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]

Mohd Saim, Noraida and Mohammad Hanapi, Normadiana and Jamil, Zadariana and Muftah, Fadhluhartini and Jaafar, Mohd Risham and Osman, Ahmad Rasidi and Yaacob, Ahmad Amzari and Osman, Nur Masyitah and Muda, Mohd Fakri (2013) Program peningkatan akademik pelajar: Penambahbaikan pelaksanaan program SIMPLE di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang / Noraida Mohd Saim …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.

Abstract

Fakulti Kejuruteraan Awam di bawah program pembangunan akademik pelajar telah mengambil inisiatif
melaksanakan modul program Student Improvement of Learning. (SIMPLE) yang mensasarkan kumpulan
pelajar yang gagal di dalam kursus Kejuruteraan Awam dan mendapat GPA kurang daripada 2.30. Program
ini telah dibangunkan dan dilaksanakan bermula semester Jun-November 20iO. Selepas tiga semester modul
ini dilaksanakan, penambahbaikan telah dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanannya untuk
mengatasi masalah akademik pelajar. Dengan mengadakan dua siri bengkel pada setiap semester
berbanding sekali sahaja sebelum ini bagi setiap sub-bidang iaitu Structure and Material (C&S),
Construction, Business and Project Management (CBPM), Geotechnical and Highway Engineering
(GeoTrEn) dan juga Water Resources and Environmental System (WRES), dilihat dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar . Sistem Buddy turut diperkenalkan di dalam program ini di mana rakan
sekelas atau rakan sepengajian saling memberikan tunjuk ajar di dalam kumpulan pelajar yang lebih kecil.
Modus operandi SIMPLE adalah untuk memperkasakan pelajar ke arah lebih memahami jenis pengajian
Kejuruteraan Awam iaitu deskriptif, analisis, tugasan (projek) dan praktikal (kerja makmal). Asas deskriptif
dan analisa banyak diuji melalui ujian-ujian dan peperiksaan akhir. maka melalui program SIMPLE
penekanan diberikan terhadap kaedah memahami masalah, menganalisa masalah dan menyelesaikan
masalah dengan menggunakan persamaan dan kaedah yang tepat. Selain itu, kegagalan pelajar juga
dikenalpasti berpunca daripada kurang berminat dengan kursus teori (pembacaan) kerana tidak dapat
menguasai konsep teori tersebut dan akhirnya tidak mampu untuk mengaplikasikannya dalam menyelesaikan
permasalahan yang diberikan. Daripada perbandingan yang dibuat melalui kumpulan pelajar yang gagal
dan mengulang semuia kursus gagal itu setelah mengikuti program SIMPLE didapati bilangan gagal semula
berkurangan dengan purata adalah 10%. Selain itu, dengan penjadualan bengkel SiMPLE yang lebih teratur
turut dapat mengatasi masalah pertindihan waktu bengkel SiMPLE dengan waktu ujian atau kuliah yang
boleh menyebabkan pelajar tidak hadir pelajar ke bengkel SIMPLE sebelum ini. Secara keseluruhannya.
program SIMPLE ini banyak membantu pelajar untuk lebih meminati, memahami dan yakin untuk berjaya
dalam satu-satu kursus Kejuruteraan Awamyang dirasakan sukar sebelum ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Saim, Noraida
aidams2000@pahang.uitm.edu.my
Mohammad Hanapi, Normadiana
normadiana@uitm.edu.my
Jamil, Zadariana
UNSPECIFIED
Muftah, Fadhluhartini
fadhlu@uitm.edu.my
Jaafar, Mohd Risham
risham@uitm.edu.my
Osman, Ahmad Rasidi
rasidi@uitm.edu.my
Yaacob, Ahmad Amzari
amzari@uitm.edu.my
Osman, Nur Masyitah
UNSPECIFIED
Muda, Mohd Fakri
fakri@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013
Event Dates: 28-29 Oktober 2013
Page Range: pp. 78-87
Keywords: SIMPLE, Peningkatan akademik pelajar, Kejuruteraan Awam
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40784
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 40784.PDF] Text
40784.PDF

Download (9MB)

ID Number

40784

Indexing

Statistic

Statistic details