Abstract
Kajian ini merupakan kajian terhadap keselamatan bangunan sekolah yang melibatkan penelitian terhadap rekabentuk bangunan dan juga pertimbangan laluan melepaskan diri semasa kebakaran, penyelenggaraan sekolah serta peranan pihak berkaitan dalam pengurusan serta penyelenggaraan sekolah demi menjamin keselamatan sekolah. Selain itu kajian ini turut melibatkan undang-undang dan piawaian bangunan sekolah yang berkaitan. Kawasan kajian melibatkan 3 buah sekolah rendah yang berada dalam Daerah Petaling Jaya dan ia menepati kehendak kajian ini kerana membabitkan struktur binaan bangunan sekolah lama dan struktur binaan bangunan sekolah baru. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan keperluan rekabentuk antara bangunan sekolah lama dengan bangunan sekolah baru. Pengenalpastian beberapa pemasalahan berkaitan keselamatan bangunan sekolah telah dapat dikeluarkan dalam kajian ini dengan berasaskan semua bentuk keadah kajian dengan jayanya. Penyesuaian kajian ini juga melibatkan kajian semasa dan teoritikal yang telah di buat sebelumnya.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Rohaiedawati 2004227998 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ismail, Rohaiedawati 2004227998 |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons.) |
Keywords: | Keselamatan, Bangunan, Sekolah |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40759 |
Download
40759.pdf
Download (95kB)