Abstract
Subjek CTU086 (Asas-Asas Syariah) merupakan subjek Pengajian Islam yang perlu diambil oleh pelajar
Asasi Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM). la ditawarkan kepada pelajar di beberapa buah
cawangan UiTM seluruh negara antaranya Kampus Shah Alam (Selangor), Kampus Kuantan (Pahang) dan
Kampus Merbok (Kedah). Kajian ini akan menyingkap berkaitan penerapan nilai-nilai murni dan kefahaman
pelajar Asasi Undang-Undang UiTM Pahang Kampus Kuantan terhadap subjek CTU086 yang ditawarkan
kepada mereka pada semester kedua pengajian program Asasi. Dua objektif telah ditetapkan dalam kajian
ini iaitu mengkaji kefahaman pelajar Asasi Undang-Undang terhadap subjek CTU086 dan mengenalpasti
masalah penerapan nilai-nilai Islam dalam subjek CTU086. Instrumen kajian yang digunakan lebih
menjurus kepada soal selidik dan dianalisis dengan analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS 20.0.
Secara umumnya, subjek CTU086 memberikan pendedahan berguna kepada pelajar tentang asas-asas
Syariah Islamiyyah dan mampu menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri pelajar.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Dahan, Ahmad Fadhir ahmadfadhir@pahang.uitm.edu.my Anas, Norazmi norazmianas@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik (Sains Sosial) 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 19-25 |
Keywords: | CTU086, Asas-asas Syariah dan Islam. |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40661 |