Perusahaan Pemampat Tin / Roslina Mhd Karimun … [et al.]

Mhd Karimun, Roslina and Ismail, Zakiah and Sahak, Zalinah and Mohd Zain, Siti Mazura and Abd Samad, Noor Alida (1996) Perusahaan Pemampat Tin / Roslina Mhd Karimun … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Kami mencadangkan agar satu perusahaan baru dijalankan iaitu pembuatan pemampat tin. Produk ini berupaya untuk mengecilkan saiz asal sesuatu tin minuman kepada saiz yang lebih kecil disamping dapat menjimatkan ruang penyimpanan atau penstoran yang dilakukan. la dinamakan DENT 001 bertepatan dengan pengeluarannya yang pertama. Antara lain ialah produk ini mudah digunakan dan tenaga yang digunakan adalah tidak banyak. la mudah untuk diubabsuai dengan penggunaan kecanggihan alatan dari semasa ke semasa. Melihat kepada prototaip asal, produk ini boleh dipelbagaikan penggunaannya mengikut kesesuaian orang yang menggunakannya. Bentuk perniagaan yang dicadangkan adalah pilihan. la boleh diusahakan secara individu atau perkongsian. Perusahaan ini boleh diusahakan oleh orang perseorangan jika dia berupaya mengeluarkan modal yang diperlukan. Sebagai satu cadangan, adalah lebih baik jika bahagian-bahagian tertentu dalam melaksanakan projek dikontrak kepada badan-badan atau syarikat-syarikat yang tertentu. Misalnya bahagian pemasaran dan operasi. Dengan keempunyaan tunggal ini segala keuntungan atau kerugian adalah ditanggung oleh pemilik. Namun RP ini boleh dijadikan panduan. Jika dibuat dalam bentuk perkongsian, maka adalah disyorkan perkongsian dari 2 hingga 5 orang ahli kongsi. Perkongsian tidak memerlukan bilangan yang ramai memandangkan perusahaan ini adalah perusahaan yang baru dan ia memerlukan masa untuk bertapak. Dari segi urusan pengeluaran pula, kami mencadangkan agar ia dikeluarkan oleh kontraktor yang mahir. Kontraktor cadangan kami ialah; En. Idris B. Ismail, Malang Tech Servis Batu 14, Jln Lama Kelemak 78000 Alor Gajah Melaka. Urusan pemasaran pula diserahkan kepada pemborong yang berupaya memasarkannya. Contohnya, pekilang-pekilang. Nama pemborong yang dicadangkan ialah Nestle , Sime Darby dan Harpers Kami mencadangkan agar modal yang perlu untuk menjalankan pemiagaan ini adalah sebanyak RM 35 000. Perniagaan ini tidak memerlukan ruang pejabat yang khusus, memadai dijalankan di dalam sebuah rumah atau bilik. Ini kerana: l. Menjimatkan kos pentadbiran dan sewa beli bangunan. 2.Urusan pemiagaan yang agak ringkas. 3.Kemudahan asas telah tersedia. Dicadangkan, perniagaan ini dijalankan pada bulan Julai 1997. Potensinya untuk berkembang adalah dijangkakan lebih tinggi kerana: 1. Tiada persaingan memandangkan ianya sejenis produk baru. 2. Dibekal dan dijual oleh pengeluar barang-barang pengguna yang sudah terkenal. 3. Peningkatan dalam penggunaan minuman tin dan perasahaan kilaran semula (recycle).

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Mhd Karimun, Roslina93050497
Ismail, Zakiah94586645
Sahak, Zalinah94181496
Mohd Zain, Siti Mazura94451819
Abd Samad, Noor Alida94550830
Contributors:
ContributionNameID Num. / Email
Thesis advisorMaideen, Abdul HameedUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Item ID: 40563
Uncontrolled Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40563

Download

[img] Text
40563.pdf

Download (1MB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    40563

    Others


    View in Google Scholar

    Actions (login required)

    View Item View Item

    Downloads

    Downloads per month over past year