Abstract
Kami mencadangkan agar satu perusahaan baru dijalankan iaitu pembuatan pemampat tin. Produk ini berupaya untuk mengecilkan saiz asal sesuatu tin minuman kepada saiz yang lebih kecil disamping dapat menjimatkan ruang penyimpanan atau penstoran yang dilakukan. la dinamakan DENT 001 bertepatan dengan pengeluarannya yang pertama. Antara lain ialah produk ini mudah digunakan dan tenaga yang digunakan adalah tidak banyak. la mudah untuk diubabsuai dengan penggunaan kecanggihan alatan dari semasa ke semasa. Melihat kepada prototaip asal, produk ini boleh dipelbagaikan penggunaannya mengikut kesesuaian orang yang menggunakannya.
Bentuk perniagaan yang dicadangkan adalah pilihan. la boleh diusahakan secara individu atau perkongsian. Perusahaan ini boleh diusahakan oleh orang perseorangan jika dia berupaya mengeluarkan modal yang diperlukan. Sebagai satu cadangan, adalah lebih baik jika bahagian-bahagian tertentu dalam melaksanakan projek dikontrak kepada badan-badan atau syarikat-syarikat yang tertentu. Misalnya bahagian pemasaran dan operasi. Dengan keempunyaan tunggal ini segala keuntungan atau kerugian adalah ditanggung oleh pemilik. Namun RP ini boleh dijadikan panduan.
Jika dibuat dalam bentuk perkongsian, maka adalah disyorkan perkongsian dari 2 hingga 5 orang ahli kongsi. Perkongsian tidak memerlukan bilangan yang ramai memandangkan perusahaan ini adalah perusahaan yang baru dan ia memerlukan masa untuk bertapak.
Dari segi urusan pengeluaran pula, kami mencadangkan agar ia dikeluarkan oleh kontraktor yang mahir. Kontraktor cadangan kami ialah; En. Idris B. Ismail, Malang Tech Servis Batu 14, Jln Lama Kelemak
78000 Alor Gajah Melaka. Urusan pemasaran pula diserahkan kepada pemborong yang berupaya memasarkannya. Contohnya, pekilang-pekilang. Nama pemborong yang dicadangkan ialah Nestle , Sime Darby dan Harpers
Kami mencadangkan agar modal yang perlu untuk menjalankan pemiagaan ini adalah sebanyak RM 35 000. Perniagaan ini tidak memerlukan ruang pejabat yang khusus, memadai dijalankan di dalam sebuah rumah atau bilik. Ini kerana:
l. Menjimatkan kos pentadbiran dan sewa beli bangunan.
2.Urusan pemiagaan yang agak ringkas.
3.Kemudahan asas telah tersedia.
Dicadangkan, perniagaan ini dijalankan pada bulan Julai 1997. Potensinya untuk berkembang adalah dijangkakan lebih tinggi kerana:
1. Tiada persaingan memandangkan ianya sejenis produk baru.
2. Dibekal dan dijual oleh pengeluar barang-barang pengguna yang sudah terkenal.
3. Peningkatan dalam penggunaan minuman tin dan perasahaan kilaran semula (recycle).
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mhd Karimun, Roslina 93050497 Ismail, Zakiah 94586645 Sahak, Zalinah 94181496 Mohd Zain, Siti Mazura 94451819 Abd Samad, Noor Alida 94550830 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Maideen, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40563 |
Download
40563.pdf
Download (1MB)