Abstract
Projek yang kami lakukan ini merupakan satu perkhidmatan membekalkan tenaga pembantu rumah asing dengan menggunakan nama Agensi Pekerjaan Trained Maid Centre. Projek ini diwujudkan untuk memenuhi aliran permintaan terhadap pembantu rumah dimana ia membuktikan bahawa pekembangan baik ekonomi negara telah menaikkan taraf hidup masyarakat dan pertambahan fenomena pasangan yang bekerja amat memerlukan pembantu rumah untuk menguruskan rumahtangga, Ini juga membantu mencapai matlamat masyarakat penyayang dimana masa yang tersisa sedikil selepas bertungkus - lumus di tempal kerja, dapat digunakan sepenuhnya untuk beristirehat bersama keluarga. Oleh itu kami telah bersetuju untuk
Melaksanakan projek ini dan mengharapkan kejayaan yang memberangsangkan.
Operasi agensi kami melibatkann kerjasama dengan sebuah agensi pekerjaan di Indonesia iaitu Agensi Kuasakerja Indonesia, yang bertindak sebagai pembekal. Agensi Indonesia ini sememangnya menguruskan pengeksportan tenaga kerja dari Indonesia ke negara - negara seperti Timur Tengah, Amerika, Britain, Singapura dan salah satu perkidmannya adalah mernbekalkan tenaga pembantu rumah ke Malaysia iaitu melalui agensi kami. Perjanjian antara agensi kami dengan agensi di Indonesia akan mengikat kedua- dua agensi dalam soal pemilihan, pembekalan dan untuk bekerjasama. Setiap tenaga kerja yang akan dihantar ke agensi kami akan dipilih daripada mereka yang sekurang kurangnya boleh menulis dan membaca.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Noor Haslinda 94591454 Abu, Rohaya 93190717 Kamarudin, Masilawati 93290854 Abd Halim, Natrah 94640689 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zainuddin, Asmah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40559 |
Download
40559.pdf
Download (1MB)