Abstract
Setiap perniagaan bermula dari idea dan setiap idea perniagaan itu terhasil dari kehendak dan keperluan pihak lain. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah perniagaan perkongsian iaitu Thermo Scientific Enterprise. Setelah sekurang - kuranya tiga bulan yang lalu,perbincangan demi perbincangan telah kami lakukan untuk menghasilkan setiap aspek perniagaan, kewangan, bekalan, tenaga kerja, pemasaran, keselamatan dan lain - lain dapat berjalan dengan lancar. Dengan menyedari peluang yang wujud di dalam arus perkembangan sains dan teknologi ini, kami telah bercadang untuk melibatkan diri membuka sebuah perniagaan Trading ini iaitu di mana kami akan membekalkan barangan Sains makmal. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 30,665 maka semua perancangan yang dinyatakan pasti akan berjalan dengan baiknya. Secara amnya, lokasi Thermo Scientific terletak di Bandar Baru Bangi. Kelebihan lokasi ini adalah kerana ia terletak berhampiran dengan para pelanggan kami, iaitu UKM, UPM, Institut - institut kesihatan di samping sekolah - sekolah yang berdekatan juga Agensi - agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang penyelidikan. Menyedari wujudnya pesaing yang begitu hebat, Thermo Scientific telah menggariskan beberapa strategi dan matlamat dalam usaha untuk menembusi pasaran yang sedia ada demi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Mohd Nazri 95463472 Mohamad, Mahathir 95203397 Ahmad Mali, Irdawati 95364347 Mat Yatim, Rahayu 95394173 Mohamed, Rohaizah 95236991 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Salleh, Ariffin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40555 |
Download
40555.pdf
Download (843kB)