Abstract
Classic Heritage Hotel adalah sebuah perniagaan hotel bertaraf satu bintang. Perniagaan yang memberi perkhidmatan penyewaan bilik penginapan ini begitu sinonim dengan industri pelancongan. Kami melihat perniagaan ini memiliki potensi yang besar untuk berkembang dan berdaya maju berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di bawah.
Tahun 1998, yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Tahun Sukan dan Rekreasi akan melangsungkan temasya sukan Kuala Lumpur '98: Sukan Komanwel Ke-16. Temasya sukan kedua terbesar di dunia pada September ini akan menjana industri pelancongan negara berikutan kedatangan pelancong luar dan dalam negara untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Secara tidak langsung temasya ini akan mengenalkan Malaysia kepada dunia luar.
Krisis ekonomi yang dialami oleh Malaysia sekarang iaitu nilai matawang Ringgit (RM) yang merudum secara tidak langsung menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini kerana nilai matawang negara mereka adalah lebih tinggi daripada nilai Ringgit dan kos melancong di negara ini dianggap 'murah' kerana hal tersebut. Kedatangan mereka akan menambahkan permintaan terhadap bilik
hotel di negara ini bagi menampung kedatangan para pelancong negara ini. Memandangkan krisis ekonomi ini akan pulih sepenuhnya dalam masa lima hingga tujuh tahun daripada sekarang, kerajaan telah meletakkan industri pelancongan sebagai industri utama negara kerana melalui industri pelancongan wang asing dapat mengalir masuk dengan cepat sekali. Ini amat diperlukan untuk menstabilkan ekonomi dan menaikkan semula nilai matawang Ringgit. Bukan itu sahaja, dengan menggalakkan rakyat tempatan melancong di dalam negara juga dapat mengelakkan daripada wang kita mengalir keluar.
Kami menjangkakan bahawa pada tahun 2003, negara Malaysia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang termasyur di dunia berikutan langkah-Iangkah kerajaan menggiatkan usaha memajukan sektor ini seperti yang dinyatakan di atas. Peningkatan bilangan pelancong seterusnya akan menyumbang terhadap peningkatan keperluan bilik hotel di negara ini dan pengembangan saiz pasaran kami.
Maka berdasarkan prospek masa hadapan yang begitu cerah dalam industri perhotelan ini, kami dengan keyakinan yang kukuh dan padu berhasrat ingin menubuhkan hotel ini. Kami percaya sekiranya perniagaan ini diusahakan dengan penuh dedikasi dan kesungguhan, dengan gabungan tenaga pengurusan yang mantap dan pekerja yang berkomitmen tinggi, Insya-Allah sudah pasti perniagaan ini memberikan pulangan yang lumayan.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Mohamad Souffie 95938737 Ahmad, Mohd. Nor Din 95204210 Abu Ishak, Ahmad Faizul Rahimi 95403579 Saini, Nor Faezah 95979997 Russin, Huzaimah 95286341 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zaidi, Illias UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40341 |
Download
40341.pdf
Download (157kB)