Abstract
Teknoplas Enterprise merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 5 orang rakan kongsi. Perniagaan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan sisa plastik (botol sos) dan di samping itu juga menghasilkan produk berasaskan kepada bahan mentah dan sisa plastik tadi. Perniagaan yang dicadangkan akan tertumpu di Negeri Melaka dan Johor khususnya dan Malaysia amnya. Perniagaan ini memerlukan modal sebanyak RM 874857.00 di mana RM 284857.00 merupakan modal daripada rakan kongsi dan RM 500000.00 daripada pinjaman yang dibuat daripada pihak bank.
Kami cadangkan perniagaan ini menyewa bangunan di Lot 13 & 14, KM 1591 & 1592, Pusat Industri Ringan Paya Datuk, 78000 Alor Gajah, Melaka. Kami mencadangkan kawasan ini kerana ianya akan menjadi kawasan perindustrian terbesar di Alor Gajah. Lebih-lebih lagi kawasan itu adalah strategik kerana berhampiran dengan tol Simpang Empat dan letaknya di kawasan yang mudah dilihat. kami mencadangkan perniagaan ini kerana perniagaan ini berpotensi untuk berkembang dengan pesat. Ini berdasarkan kepada peningkatan terhadap tempat tinggal.
Di samping itu juga, produk yang ingin dikeluarkan berupaya dikeluarkan dengan murah kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan terpakai yang diproses semula. Tong sampah yang dikeluarkan direkabentuk untuk memenuhi citarasa pelanggan sejajar dengan perancangan kerajaan yang ingin mengurangkan penggunaan plastik. Dengan perancangan kerajaan yang ingin meningkatkan jumlah rumah kos rendah, oleh itu bagi rancangan operasi selama tiga tahun, kami mencadangkan supaya memperbanyakkan dan meningkatkan pengeluaran UNIBASKET.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rahmat, Mohamad Fardaus 95258936 Mustaffah, Hairul Goenawan 95267726 Mohd Tahir, Muhammad Abd. Salam 95977134 Abd. Aziz, Nur Mahathir 95492625 Ahmad Mizan, Deddy Iskandar 95483881 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Maideen, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40340 |
Download
40340.pdf
Download (651kB)