Canny School Collection: pengeluar dan pembekal pakaian seragam sekolah / Hidayatul Shima Kamaruddin … [et al.]

Kamaruddin, Hidayatul Shima and Ahmad Hayati, Nurul Hazah and Mustafha, Faizah and Abd. Aziz, Rodziah and Basran, Rahayanti (1998) Canny School Collection: pengeluar dan pembekal pakaian seragam sekolah / Hidayatul Shima Kamaruddin … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Perniagaan kami memilih lokasi ini kerana ia merupakan satu tempat yang strategik, di mana ia merupakan pusat perniagaan di kawasan Paroi. Di sekitar kawasan ini juga terdapat kawasan perumahan yang terdiri daripada pelbagai golongan lapisan masyarakat. Pemilihan lokasi ini juga adalah berdasarkan jumlah pelajar-pelajar sekolah yang besar kerana terdapat banyak sekolah di sekitar Kawasan ini. Kemudahan asas yang sedia ada seperti jalan raya juga merupakan faktor utama pemilihan lokasi ini.

Kami telah memilih kedai jenis dua tingkat untuk menjalankan perniagaan kami. Tingkat pertama kedai kami, kami jadikan sebagai tempat pemprosesan pakaian seragam sekolah, manakala tingkat kedua pula kami jadikan sebagai pejabat. Struktur binaan kedai kami yang berukuran 343meter persegi amat sesuai untuk pemiagaan kami. Kadar sewa yang dikenakan pula adalah RM 3000 sebulan.

Kedai kami ini disediakan dengan kemudahan asas seperti elektrik, air dan telefon. Kami telah menyediaka enam (6) telefon untuk kegunaan pejabat dan kilang. Pejabat kami juga dilengkapi dengan pendingin hawa dan komputer untuk memberi kemudahan dan keselesaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 40292.pdf]
Text
40292.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics