Abstract
D' Carpet Gallery merupakan sebuah perniagaan perkongsian yang khusus di dalam menjual, memasang dan mencuci permaidani dan ia mempunyai potensi besar untuk maju. Terdapat beberapa faktor yang membuat kami memilih perniagaan ini.
Antaranya: -
- Di dalam zaman yang serba canggih dan kepesatan pembangunan negara maka kami mengambil keputusan yang bijak untuk menceburi dunia perniagaan demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat perniagaan dan industri bumiputera.
- Permintaan terhadap permaidani dijangka akan terus meningkat memandangkan ianya sangat diperlukan oleh industri komersial dan juga dari pelbagai pihak awam dan swasta.
- Kurangnya penglibatan usahawan-usahawan di dalam perniagaan permaidani ini.
- Perniagaan permaidani ini mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan yang lumayan.
Perniagaan kami terletak dikawasan perumahan kedai Jalan Tengku Ampuan Zabedah, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Kami memilih lokasi ini kerana kawasan Ini mempunyai ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan manusia termasuk pelancong-pelancong. Ini adalah kerana ia terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mewah, kompleks membeli-belah " Shah Alam Mall", Hotel Concorde dan pelbagai jenis perniagaan yang lain di kawasan rumah kedai itu sendiri seperti bank, restoran, pejabat dan sebagainya. Kawasan ini juga adalah sebuah kawasan yang berpotensi untuk membangun dengan pesat.
Selain daripada itu kawasan ini merupakan ibu negeri Selangor dan sepertimana yang diketahui bahawa Shah Alam juga adalah sebuah bandar yang terancang. lanya juga berdekatan dengan pusat pengajian tinggi, kilang-kilang, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat swasta. Ini telah memberi kami peluang untuk membuka dan memperkembangkan lagi perniagaan kami.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Hermanshah 95445718 Md Kamal, Muamar Rafaei 94520187 Abd Latif, Zalina 95829067 Ibrahim, Idayuamimah 95986194 Tengku Asri, Tengku Nural 95377548 Seth, Sherina 95967586 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zahirudin, Zubaidah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40288 |
Download
40288.pdf
Download (3MB)