Pencirian dan potensi sisa pepejal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dikitar semula / Zulhafizal Othman … [et al.]

Othman, Zulhafizal and Muhamad, Noor Safwan and Osman, Nur Masyitah and Mohd Latib, Farah Wahida (2013) Pencirian dan potensi sisa pepejal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dikitar semula / Zulhafizal Othman … [et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan ciri dan potensi sisa pepejal yang terjana di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dikitar semula. Terdapat beberapa parameter ciri-ciri sisa pepejal yang dikenalpasti dalam kajian ini. Antara parameter-parameter yang dikenalpasti adalah komposisi sisa pepejal, kandungan kelembapan sisa pepejal, ketumpatan sisa pepejal terjana, nilai pH bagi sisa organik dan nisbah CIN. Dalam menentukan komposisi sisa pepejal yang terjana, ujikaji komposisi dilakukan di tapak kajian selama satu minggu. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian komposisi sisa pepejal terjana. Berdasarkan keputusan komposisi sisa pepejal terjana menunjukkan bahawa sisa makanan terjana sebanyak 37 % diikuti pula dengan sisa kertas iaitu 21 % daripada jumlah berat keseluruhan. Sisa-sisa pepejal ini juga telah dibahagikan mengikut potensi kitar semula. Setelah ujikaji pencirian sisa pepejal dilakukan. sebanyak 315 kg sisa pepejal boleh dikitar semula. Hasil ujikaji makmal yang dilakukan menunjukkan nilai kandungan kelembapan sisa makanan menunjukkan peratusan tertinggi dimana sebanyak 30.5 % manakala diikuti polisterin iaitu 25 % daripada jumlah berat keseluruhan. Keputusan ujikaji ketumpatan yang diperolehi adalah 563.27 kg/m3. Nilai pH bagi sisa organik pula menunjukkan purata nilai pH adalah 5.41 dan keputusan nisbah C/N yang diperolehi selepas dilakukan ujikaji makmal menunjukkan bacaan nisbah sebanyak 7.04: 1. Secara keseluruhan. sisa pepejal yang berpotensi dikitar semula adalah 26% atau 315 kg dalam sehari.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Zulhafizal
zulhafizaI445@pahang.uitm.edu.my
Muhamad, Noor Safwan
noorsafwanmuhamad@pahang.uitm.edu.my
Osman, Nur Masyitah
nurmasyitah@pahang.uitm.edu.my
Mohd Latib, Farah Wahida
farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013
Event Dates: 28-29 Oktober 2013
Page Range: pp. 191-201
Keywords: Pencirian, Kitar semula, Sisa pepejal, Institusi
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39917
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 39917.PDF] Text
39917.PDF

Download (8MB)

ID Number

39917

Indexing

Statistic

Statistic details