Abstract
Kajian ini dijalankan adalah bagi mendapatkan kualiti air di kawasan hutan simpan UKM yang telah terdedah kepada beberapa projek pembinaan yang berlaku secara serentak. Kawasan kajian meliputi kawasan seluas 419,569.74 m2 dan kajian telah dijalankan selama sepuluh minggu. Dua lokasi persampelan air telah ditentukan iaitu di kawasan tasik dan longkang berhampiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM. 5 parameter yang ditentu-ukur iaitu pH, kekerohan, pepejal terampai, permintaan oksigen kimia (COD) dan permintaan oksigen biologi (BOD). Perbandingan nitai bacaan sebelum dan semasa projek berjalan direkodkan dan secara puratanya, kesemua perimeter kualiti air yang diujikaji menunjukkan peningkatan yang siknifikan. Nilai pH atau keasidan air longkang meningkat daripada 7.92 sebelum kepada 6.62 selepas manakala air tasik daripada 8.16 sebelum kepada 6. 91 selepas projek pembinaan dijalankan. Kekerohan air longkang meningkat sebanyak 2407.13% dan air tasik 132.42%. Bacaan bagi pepejal terampai air longkang ialah 237.88% manakala air tasik 67.96%, BOD air longkang meningkat kepada 53.88% dan air tasik 39.46% manakala untuk COD air longkang peningkatan sebanyak 92.01 % dan air tasik sebanyak 72.44%. Secara keseluruhan, projek pembinaan yang dijalankan memberikan impak negative kepada kualiti air di hutan simpan UKM.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Latib, Farah Wahida farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my Mohd Saim, Noraida aidams2000@pahang.uitm.edu.my Othman, Zulhafizal zulhafizaI445@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental pollution T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013 |
Event Dates: | 28-29 Oktober 2013 |
Page Range: | pp. 82-92 |
Keywords: | Kualiti air, Pembinaan, Hutan simpan |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39833 |