Kajian makmal: Ujikaji pemecah ombak terapung menggunakan tayar di lembangan ombak (Gelombang) / Noraida Mohd Saim and Farah Wahida Mohd Latib

Mohd Saim, Noraida and Mohd Latib, Farah Wahida (2013) Kajian makmal: Ujikaji pemecah ombak terapung menggunakan tayar di lembangan ombak (Gelombang) / Noraida Mohd Saim and Farah Wahida Mohd Latib. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013, 28-29 Oktober 2013, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang, Malaysia.

Abstract

Kawasan persisiran pantai dan muara sungai menawarkan pelbagai fungsi, perkhidmatan dan sumber-sumber yang bermanfaat menjadi penyebab utama kawasan ini menjadi tumpuan manusia. Peningkatan populasi dan ekploilasi pelbagai aktiviti pembangunan di persisiran pantai menjadi punca kepada kehilangan, kemusnahan dan hakisan kawasan persisiran pantai dan muara sungai. Ini ditambah dengan faktor semulajadi seperti gelombang ombak, partikel bahan pembentukkan pantai dan juga angin. Masalah hakisan boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan menjejaskan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk meminimakan hakisan ialah dengan meletakkan struktur pemecah ombak sama ada stuktur pemecah ombak tetap di tepian pantai atau struktur yang terapung di permukaan air. Di dalam kajian ini. ujikaji makmal dilakukan dengan menyediakan kawasan pantai tiruan (3.11 m lebar x 3.20 m panjang) dengan kedalaman 100 mm dan 120 mm di lembangan ombak bagi melihat potensi pemecah ombak terapung yang diperbuat daripada tayar-tayar. Objektif ujikaji ini ialah untuk menganalisa perbezaan ketinggian ombak sebelum dan selepas melalui pemecah ombak terapung yang digabung jalinkan antara satu sama lain. Secara keseluruhannya. daripada keputusan ujikaji menunjukkan purata ketinggian ombak berkurangan sebanyak 22% - 50% selepas melalui pemecah ombak terapung yang mana turut mengurangkan tenaga ombak yang sampai ke persisiran pantai sekaligus meminimakan kesan hakisan pantai.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Saim, Noraida
aidams2000@pahang.uitm.edu.my
Mohd Latib, Farah Wahida
farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QE Geology > Erosion
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental protection
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Storm water retention basins
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2013
Event Dates: 28-29 Oktober 2013
Page Range: pp. 47-56
Keywords: Pemecah ombak terapung, Hakisan pantai
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39763
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 39763.PDF] Text
39763.PDF

Download (7MB)

ID Number

39763

Indexing

Statistic

Statistic details