Perhubungan antara jaringan, pengurusan, peluang, demografi, pemasaran dan persekitaran dengan faktor kejayaan di kalangan usahawan Bumiputra: kajian di Negeri Perlis / Shaiful Annuar Khalid, Amran Awang and Mohammad Zain Idris

Khalid, Shaiful Annuar and Awang, Amran and Idris, Mohammad Zain (2001) Perhubungan antara jaringan, pengurusan, peluang, demografi, pemasaran dan persekitaran dengan faktor kejayaan di kalangan usahawan Bumiputra: kajian di Negeri Perlis / Shaiful Annuar Khalid, Amran Awang and Mohammad Zain Idris. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kajian terhadap usahawan Bumiputra yang menjalankan pemiagaan di negeri Perlis melibatkan 75 orang responden untuk melahirkan satu profil latar belakang umum dikalangan usahawan Bumiputra Negeri Perlis. Kajian ini telah memperolehi profil demografi umum seperti umur, taraf perkahwinan, jantina, kedudukan dalam urutan adik-beradik dan sebagainya. Kajian ini juga menumpukan kepada perhubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar dan membentuk satu model usahawan Bumiputra yang berjaya. Ujian terhadap 8 hipotesis dilakukan dalam dua tahap. Tahap pertama mengesan faktor yang paling berkaitan dari keseluruhan 21 ukuran kejayaan pemiagaan. Tahap kedua kesemua faktor diuji darjah korelasi dengan prestasi pemiagaan menggunakan "Pearson Correlation" signifikan pada tahan P<.05 serta ujian regrasi untuk menentukan kuasa jangkaan setiap faktor. Ujian regrasi berperingkat "Moderated Hierarchichal Regression" juga dilakukan untuk mengesan "kesan moderator" oleh faktor persekitaran dan strategi. Pembolehubah bersandar yang digunakan adalah kejayaan usahawan Bumiputra yang diukur menggunakan "Principal Component Analysis" menghasilkan tujuh faktor melalui pencerapan oleh ujian Bartlett setelah disahkan oleh Kaiser Meyer Measures of Sampling Adequacy (MSA). Faktor dicerap pada tahap korelasi melebihi 0.65 diantara semua kenyataan. Prestasi diformulasikan dalam bentuk pertumbuhan bilangan pekerja dan perubahan dalam pencapaian kewangan iaitu margin untung bersih (NPM), pulangan harta (ROA), pulangan jualan (ROS), pulangan pelaburan ROI) dan gabungan keseluruhan prestasi. Kajian menemui empat faktor yang berkorelasi dengan prestasi dan faktor strategi pemiagaan sebagai pejangka utama diikuti oleh pemasaan, keperibadian dan sistem pengurusan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khalid, Shaiful Annuar
UNSPECIFIED
Awang, Amran
UNSPECIFIED
Idris, Mohammad Zain
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ismail, Bukhory
UNSPECIFIED
Subjects:
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) > Bureau of Research and Consultancy
Keywords: pengurusan, pemasaran, bumiputra
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3973
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 3973.pdf] Text
3973.pdf

Download (168kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

3973

Indexing

Statistic

Statistic details