Abstract
Pada perancangan kami, pasaraya ini akan dibina di tapak gerai yang berhampiran dengan padang Bola Jati dan berhampiran dengan koperasi UTM Perlis. Pasaraya ini merangkumi kawasan seluas 2500 m persegi. Pasaraya UTM akan berkonsepkan 'Makro di mana, barangan yang dijual boleh dibeli secara borong atau pukal dengan harga yang berpatutan. Pasaraya ini akan disediakan dengan kemudahan sistem berkomputer bagi memudahkan pembayaran barang-barang yang ia adalah salah satu sistem keselamatan yang canggih pada abad ini. Selain itu kami juga menyediakan beberapa buah computer untuk memudahkan pemesanan barangan dibuat oleh pelanggan kami. Contohnya kami menyediakan katalog barangan berkomputer dimana pelanggan boleh membuat pesanan secara terus tanpa perlu meninjau di rak-rak barangan. Bangunan pasaraya kami adalah bangunan 2 tingkat di mana, di paras bawah adalah pasaraya dan paras 2 ialah pejabat kami dan juga terdiri daripada kedai-kedai yang akan di sewakan bagi menggantikan medan selera yang akan dirobohkan. Kami akan mengasingkan pasaraya kami kepada beberapa bahagian mengikut jenis barangan yang akan dijual. Contohnya barangan sukan, alat tulis, pakaian, keperluan harian seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci pakaian dan sebagainya
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab. Halim, Ahmad Rizal 96771426 Saidin, Azrin 96912965 Kamarudin, Zaiyawati 96914689 Ismail, Mariani 96617966 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Awang, Amran UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning H Social Sciences > HF Commerce > Shopping centers. Shopping malls |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Faculty of Civil Engineering |
Keywords: | Legacy Shopping Centre Sdn. Bhd. ; Memasarkan Barangan Keperluan ; Arau, Perlis |
Date: | 22 July 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39121 |
Download
39121.PDF
Download (1MB)