Abstract
Eksperimen adalah satu aktiviti yang utama bagi pengajaran dan pembelajaran di makmal. Kursus yang melibatkan
sepenuhnya aktiviti di makmal wajib diambil oleh pelajar gugusan sains dan teknologi. Fakulti Kejuruteraan Awam telah
mewujudkan kursus yang separa dan sepenuhnya melibatkan eksperimen dan ujikaji. Daripada eksperimen tersebut,
pelajar akan memahami disebalik teori, prinsip dan konsep sains yang dipelajari di kelas kuliah ataupun di awal kelas
makmal. Selain itu, menjalankan aktiviti eksperimen dan menyiapkan laporan makmal adalah salah satu cara melatih
pelajar didalam menguasai ilmu. Pelajar ini akan dapat menguasai kebolehan individu dan kumpulan yang efektif yang
diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran "outcome based education (OBE) '. Demostrasi eksperimen
yang efektif dan interaktif merupakan kunci kejayaan didalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran di makmal.
Daripada analisa, perbandingan dan kaji selidik menunjukkan interaktif video demonstrasi makmal yang dibangunkan
ini dapat menyelesaikan banyak masalah pengajaran dan pembelajaran khususnya melibatkan kursus makmal. Dengan
12 elemen gambaran makmal dalam interaktif video demonstrasi ini, pelajar lebih mudah memahami sebelum waktu
kelas dan selepas waktu kelas. Selain itu, pelajar dapat menguasai sepenuhnya kaedah mendapatkan dan menganalisa
data dengan mudah jika dibandingkan dengan kaedah membaca manual lab.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz mfairuz@pahang.uitm.edu.my Mohd Sani, Mohd Syahrul Hisyam msyahruI210@pahang.uitm.edu.my Muftah, Fadhluhartini fadhlu@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Visual education L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011 |
Event Dates: | 6-7 Disember 2011 |
Page Range: | pp. 286-295 |
Keywords: | Pengajaran dan pembelajaran, Interaktif video, Demonstrasi |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38958 |