Alpha Enterprise / Razimah Omar ... [et al.]

Omar, Razimah and Juremi, Junaina and Taris, Sri Haryati and Abd Rahman, Zarina and Yahaya, Nor Zetiaiza (1995) Alpha Enterprise / Razimah Omar ... [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

ALPHA ENTERPRISE SON. BHD. adalah sebuah institusi latihan memandu yang terulung di Perlis. Institut ini akan menjalankan perniagaan pada lhb. Januari 1998 diatas sebidang tanah seluas 6 ekar yang beralamat di Lot 120, Jejawi Luar, Jejawi. Perniagaan ini merupakan kesinambungan kepada operasi yang dijalankan oleh sekolah memandu yang sedia ada. Institut ini adalah basil gabungan dari 5 buah sekolah memandu. Setiap daripada sekolah memandu yang bergabung akan menyumbangkan modal untuk menjalankan perniagaan. Semua rakan
kongsi bersetuju untuk mentadbir ALPHA ENTERPRISE.
Bentuk perkhidmatan yang ditawarkan ialah mengadakan kelas latihan memandu dan menyewakan litar kepada para pesaing. Dari kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, didapati bahawa perkhidmatan ini berpotensi untuk maju kerana kadar pertumbuhan penduduk agak tinggi dari setahun ke setahun. Selain itu pendapatan penduduk setempat juga semakin meningkat selaras dengan
pertumbuhan ekonomi negeri Perlis membolehkan penduduk Perlis memiliki kenderaan sendiri. Jesteru itu pelbagai rancangan promosi telah diatur untuk memperkenalkan perkhidmatan kami kepada penduduk negeri Perlis. Berdasarkan kajian di atas, adalah dianggarkan ALPHA ENTERPRISE Sdn. Bhd. akan mendapat jualan sebanyak RM 836,400 pada tahun pertama perniagaan beroperasi dan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM 287,883 pada tahun pertama
perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 38788.PDF]
Text
38788.PDF
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Arau, Perlis
Item Status
Indexing & Metrics