Abstract
Darul Fatah & Co lahir daripada cetusan idea enam orang anak muda yang telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah perkongsian. Memandangkan negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, juga selaras dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, kami rasa terpanggil untuk menubuhkan sebuah perniagaan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain untuk meningkatkan ekonomi kami sendiri khususnya dan negara amnya.
Darul Fatah & Co merupakan sebuah perkongsian yang menjalankan perusahaan mee kuning. Makanan ini merupakan makanan yang telah sedia popular di kalangan penduduk baik dari kaum bumiputera mahupun sebaliknya. Namun begitu, kami dapati masih belum ramai kaum bumiputera yang menceburkan diri dalam perusahaan pembuatan mee kuning ini. Selama ini perusahaan ini hanya dimonopoli oleh bangsa asing, terutamanya kaum Cina. Dengan itu, kami melihat ini adalah sebagai satu masalah dan dari sini, kami melihat ini sebagai satu peluang perniagaan yang baik walaupun kami sedar bahawa kami akan berhadapan dengan persaingan yang besar. Namun begitu, kami yakin dan akan cuba sedaya upaya untuk memecahkan monopoli ini dengan menetapkan matlamat dan juga strategi kami. Perusahaan ini akan dijalankan di satu lokasi yang strategik iaitu di Krubong Industrial Park, Melaka dan akan memulakan operasi pada tahun 2000.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hussin, Hanim UNSPECIFIED Abd. Rahman, Mohd. Fadzli UNSPECIFIED Che Ku Setia, Che Ku Suhaini UNSPECIFIED Mat Nor, Zawidatul Aida UNSPECIFIED Zuber, Ahmad Kamal UNSPECIFIED Zakaria, Zerin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Baba, Hanim Norza UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Accountancy |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38787 |
Download
38787.pdf
Download (1MB)