Abstract
Dalam masa yang singkat, negara kita telah mencapai kejayaan demi kejayaan melalui beberapa perubahan dengan penuh cabaran. Cabaran-cabaran ini memang ada kesan-kesannya dalam berbagai-bagai bentuk yang positif dan juga negatif ke atas ekonomi, politik dan kehidupan sosial masyarakat kita secara keseluruhannya.
Utusan Baiduri Enterprise telah ditubuhkan bagi menyahut cabaran-cabaran dalam perniagaan jualan langsung dan mempelbagaikan barangan kegunaan pengguna sambil berusaha membimbing usahawan baru dan bekerjasama dengan usahawan yang berpengalaman dan berwibawa untuk menjayakan satu rangkaian pemasaran yang mantap serta dapat diterima oleh semua golongan masyarakat di Malaysia. Utusan Baiduri Enterprise yang semakin berkembang maju dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam usaha membuka cawangannya di seluruh Malaysia. Justeru itulah kami mengambil inisiatif untuk membuka sebuah lagi cawangan Utusan Baiduri Enterprise di Bandar Melaka. Ini memandangkan kurangnya cawangan Utusan Baiduri di Melaka.
Utusan Baiduri Enterprise adalah pengeluar rangkaian barangan Davisware yang bebas dari kandungan toksik seperti seramik, bekas simpanan makanan, kegunaan sukan, kegunaan kanak-kanak dan lain-lain. la juga memasarkan rangkaian produk-produk Davisware yang boleh digunakan dalam Ketuhar Gelombang Mikro dan mesin cuci pinggan mangkuk.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Karsan, Elly 94672029 Wan Ahmad, Wan Amira 94546525 Abd Wahid, Sahida 93500804 Nordin, Khadijah 94596351 Abdullah, Kamarulariffin 94576276 Ahmad, Zainuddin 94518139 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mahat, Sabariah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38622 |
Download
38622.pdf
Download (2MB)