Cadangan Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai / Azura Abas … [et al.]

Abas, Azura and Nasaruddin, Erly Yusnita and Jaafar, Haslinda and Dasuki, Sharol Suzane and Mohd Mokhtar, Mohd Mokhaizal (1996) Cadangan Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai / Azura Abas … [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Dewasa ini, seringkali kedengaran kisah-kisah yang menyayat hati dan memilukan menimpa keatas warga-warga tua di negara kita. Mereka sering ditinggaJkan bersendirian dan kesunyian, bukan sahaja bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga tetapi ia terjadi juga kepada mereka yang berkeluarga. Punca yang paling ketara yang dapat dilihat secara nyata pada masa kini adalah kerana kesibukan ahli keluarga ataupun anak-anak terutamanya terhadap karier masing-masing. Ini menyebabkan kurangnya masa dapat diluangkan bersama mereka. Pastinya, warga tua ini akan rasa tersisih dan berkecil hati kerana warga tua amat menginginkan mereka agar sentiasa diberi perhatian. Walaupun pada hakikatnya ahli keluarga atau anak-anaknya tidak bermaksud begitu. Di dorong atas kepekaan kami terhadap fenomena yang terjadi ini, maka kumpulan kami yang digelar "EXCEL GROUP" telah menyumbangkan idea-idea dan tenaga untuk menjayakan sebuah Cadangan Rancangan Pemiagaan iaitu Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai Enterprise. Harapan kami adalah agar mampu menawarkan perkhidmatan penjagaan termasuklah rawatan dan pemulihan kepada warga tua yang merasakan dirinya bersendirian dan memerlukan teman disamping penjagaan yang sempurna. Seterusnya, kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan sementara iaitu perkhidmatan yang membenarkan sesebuah keluarga itu meninggalkan orang tuanya di bawah penjagaan kami untuk sementara waktu samada kerana urusan kecemasan ataupun kerana urusan tertentu yang tidak mengizinkan mereka menjaganya. Perkhidmatan kami juga tertumpu kepada warga tua yang secara sukarela ingin mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan. Ini adalah bagi mereka yang tidak mahu menyusahkan anak-anak ataupun dalam keseorangan tanpa suami atau isteri ataupun zuriat. Melalui perkhidmatan yang kami tawarkan maka dapatlah warga tua ini memiliki teman seusia untuk mengatasi kesunyiannya, berhibur dan berbakti pada masyarakat selagi yang terdaya. Disamping itu, kami dapat menyumbang tenaga dalam memenuhi impian kerajaan untuk mewujudkan 'Masyarakat Penyayang dan Berbudaya'. Cadangan Rancangan Perniagaan ini merupakan satu cara kami berbakti kepada masyarakat disamping menjalankan kegiatan ekonomi yang dibenarkan. Justeru itu kami berharap agar segala aktiviti yang kami jalankan mandapat sokongan ramai dan menjadi ikutan atau pencetus kepada usahawan lain yang berinovatif untuk turut bergiat dalam bidang ini.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Abas, Azura94515147
Nasaruddin, Erly Yusnita94511008
Jaafar, Haslinda94561033
Dasuki, Sharol Suzane94546180
Mohd Mokhtar, Mohd Mokhaizal94638774
Contributors:
ContributionNameID Num. / Email
Thesis advisorMaideen, Abdul HameedUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Item ID: 38607
Uncontrolled Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38607

Download

[img] Text
38598.pdf

Download (171kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    38607

    Others


    View in Google Scholar

    Actions (login required)

    View Item View Item

    Downloads

    Downloads per month over past year