Abstract
Dewasa ini, seringkali kedengaran kisah-kisah yang menyayat hati dan memilukan menimpa keatas warga-warga tua di negara kita. Mereka sering ditinggaJkan bersendirian dan kesunyian, bukan sahaja bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga tetapi ia terjadi juga kepada mereka yang berkeluarga. Punca yang paling ketara yang dapat dilihat secara nyata pada masa kini adalah kerana kesibukan ahli keluarga ataupun anak-anak terutamanya terhadap karier masing-masing. Ini menyebabkan kurangnya masa dapat diluangkan bersama mereka. Pastinya, warga tua ini akan rasa tersisih dan berkecil hati kerana warga tua amat menginginkan mereka agar sentiasa diberi perhatian. Walaupun pada hakikatnya ahli keluarga atau anak-anaknya tidak bermaksud begitu.
Di dorong atas kepekaan kami terhadap fenomena yang terjadi ini, maka kumpulan kami yang digelar "EXCEL GROUP" telah menyumbangkan idea-idea dan tenaga untuk menjayakan sebuah Cadangan Rancangan Pemiagaan iaitu Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai Enterprise. Harapan kami adalah agar mampu menawarkan perkhidmatan penjagaan termasuklah rawatan dan pemulihan kepada warga tua yang merasakan dirinya bersendirian dan memerlukan teman disamping penjagaan yang sempurna.
Seterusnya, kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan sementara iaitu perkhidmatan yang membenarkan sesebuah keluarga itu meninggalkan orang tuanya di bawah penjagaan kami untuk sementara waktu samada kerana urusan kecemasan ataupun kerana urusan tertentu yang tidak mengizinkan mereka menjaganya. Perkhidmatan kami juga tertumpu kepada warga tua yang secara sukarela ingin mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan. Ini adalah bagi mereka yang tidak mahu menyusahkan anak-anak ataupun dalam keseorangan tanpa suami atau isteri ataupun zuriat.
Melalui perkhidmatan yang kami tawarkan maka dapatlah warga tua ini memiliki teman seusia untuk mengatasi kesunyiannya, berhibur dan berbakti pada masyarakat selagi yang terdaya. Disamping itu, kami dapat menyumbang tenaga dalam memenuhi impian kerajaan
untuk mewujudkan 'Masyarakat Penyayang dan Berbudaya'. Cadangan Rancangan Perniagaan ini merupakan satu cara kami berbakti kepada masyarakat disamping menjalankan kegiatan ekonomi yang dibenarkan. Justeru itu kami berharap agar segala aktiviti yang kami jalankan mandapat sokongan ramai dan menjadi ikutan atau pencetus kepada usahawan lain yang berinovatif untuk turut bergiat dalam bidang ini.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abas, Azura 94515147 Nasaruddin, Erly Yusnita 94511008 Jaafar, Haslinda 94561033 Dasuki, Sharol Suzane 94546180 Mohd Mokhtar, Mohd Mokhaizal 94638774 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Maideen, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38607 |
Download
38598.pdf
Download (171kB)