Abstract
Kajian ini bertujuan melihat faktor-faktor amalan dan status kesihatan yang menyumbang kepada masalah kemurungan di kalangan warga tua lelaki yang berumur 60 tahun dan ke atas di Semenanjung Malaysia. Data yang digunakan
dalam kajian ini diperolehi daripada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 yang telah dilakukan oleh pihak
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
kaedah Statistik Diskriptif dan Regresi Logistik.. Antara pembolehubah-pembolehubah yang digunakan adalah tahap
kesihatan, kekerapan mendapatkan rawatan, penyakit yang dihidapi, kekerapan melakukan senaman dan pemeriksaan
kesihatan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa sakit jantung koronori, keupayaan tenaga kerja menurun, resah
tidak boleh tidur dan menghadiri upacara keagamaan adalah pembolehubah tidak bersandar yang mempengaruhi risiko
kemurungan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rashid, Saharani saharani@pahang.uitm.edu.my Mokhtar, Mazura mazura_mokhtar@pahang.uitm.edu.my Mahmud, Adzmel adzmel@lppkn.gov.my |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Interpersonal relations. Social behavior H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Communities |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2011 |
Event Dates: | 6-7 Disember 2011 |
Page Range: | pp. 142-147 |
Keywords: | Amalan kesihatan, Status kesihatan, Kemurungan, Warga tua, Regresi logistik |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38521 |