Abstract
PROTENS Tenusu Product merupakan sebuah syarikat cadangan untuk memodenisasikan sebuah ladang lembu. la akan mengeluarkan dan mengedarkan produk dari hasil susu lembu itu sendiri. Adalah dicadangkan syarikat ini dimiliki oleh MR. Bacha Lal seorang seorang penternak lembu tempatan yang mana dia merupakan pengeluar susu lembu asli yang terbesar di Malaysia. Kami mencadangkan agar syarikat ini menghasilkan produk dari hasil susu lembu yang diperolehi dari ladang ini. Produk yang kami cadangkan ialah Yogurt dan Dadeh.
Sepertimana yang diketahui, semua produk tenusu yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia adalah campuran dari susu lembu import yang diperolehi dari New Zealand, Australia dan Belanda. Dari hakikat ini, sebagai usaha mengurangkan pengaliran wang keluar negara yang banyak, kami mencadangkan agar susu lembu tempatan digunakan sepenuhnya
dalam menghasilkan produk. Ini memberi peluang kepada kami untuk mencadangkan satu bidang pengeluaran berasaskan susu agar ianya memberi peluang kepada penternak-penternak lembu yang lain mengeluarkan produk tenusu dari hasil ternakan lembu mereka.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Azizah 95396634 Jantan, Norisah 94765166 Muhammad, Nursyuhaila 95297636 Ab Rahman, Shahrol Idham 95974645 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Maideen, Abdul Hameed UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Keywords: | Business plan; Business management; Entrepreneurship |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38449 |
Download
38449.pdf
Download (1MB)