Kajian tentang aspek muzik dalam rentak asli / Mohd Hayzul Mohd Ramli

Mohd Ramli, Mohd Hayzul (2001) Kajian tentang aspek muzik dalam rentak asli / Mohd Hayzul Mohd Ramli. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Muzik Sinkretik yang kerap kali terdapat di dalam budaya Bandar juga boleh diperdengarkan di kawasan desa. Muzik ini diterima sebagai muzik yang melibatkan berbagai-bagai jenis muzik vokal, rentak asli, zapin, inang, keroncong, dondang sayang joget dan sebagainya. Dalam genre-genre muzik ini, unsure-unsur asli daripada keduadua muzik rakyat dan muzik klasik dicampurkan atau diasimilasikan dengar unsur-unsur luar seperti sumber muzik dan teater dari Arab, Parsi, China, Barat dan India. Muzik sinkretik juga bersifat fleksibel dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat-alat muzik, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata serta cara persembahan yang berasal dari pelbagai sumber. Muzik rentak asli merupakan khazanah yang amat bernilai bagi mereka yang tahu menghayati serta menghargai warisan yang telah ditinggalkan oleh masyarakat pada masa dahulu. Sungguh pun dunia muzik moden seperti muzik pop, R & B dan rock pada masa kini berkembang dengan pesat, namun muzik sinkretik masyarakat Melayu juga tidak kurang hebatnya. Contohnya ensemble Muzik Rentak Asli yang masih lagi rancak dipersembahkan oleh para penggiat seni muzik hingga hari ini. Walaupun Muzik Rentak Asli tidak begitu popular dikalangan kebanyakkan penggemar muzik pada hari ini, namun Muzik Rentak Asli masih gah dipersada antarabangsa apabila terdapat segelintir pengkaji asing dari serata dunia yang cuba menjejaki Muzik Rentak Asli. Hal ini telah dibuktikan melalui hasil penulisan mereka yang telah dibukukan dan sebahagiannya menjadi bahan rujukan bercetak sehingga kini.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ramli, Mohd Hayzul
2002644212
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Bachelor of Music Arts Education (Hons)
Keywords: muzik, vokal, rentak asli, zapin, inang, keroncong, dondang sayang, joget
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38294
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 38294.pdf] Text
38294.pdf

Download (7MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

38294

Indexing

Statistic

Statistic details