Abstract
A. D. F Enterprise adalah sebuah syarikat perkongsian yang ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian 1961 (disemak 1974) dan didaftarkan sebagai satu syarikat dibawah Akta Syarikat 1995.A.D.F Enterprise adalah satu-satunya pembekal susu segar kambing Australia. Lokasi perniagaan kami ialah di Batu 19, Jalan Padang Besar, 01200 Padang Besar, Perlis. Perniagaan syarikat ini berdasarkan perkongsian yang mempunyai empat orang rakan kongsi. Jumlah keseluruhan sumbangan rakan kongsiRM 410,518. Pengurusan perniagaan adalah dijalankan sendiri oleh rakan kongsi. Bidang penternakan ini merupakan bidang yang bukan lagi asing bagi kita tetapi penglibatan Bumiputera dalam bidang ini masih belum boleh dibanggakan. Terdapat pelbagai saranan daripada pihak kerajaan untuk memperkembangkan lagi bidang ternakan ini bagi menampung permintaan penduduk tempatan terhadap susu. Oleh itu, kami diantara usahawan Bumiputera yang sanggup menyahut cabaran tersebut. Kami mempunyai wawasan dan pandangan yang jauh terhadap perniagaan ini dimana kami akan mengembangkan perniagaan ini dalam tempoh 4 tahun dan akan menjadi satu syarikat pembekal susu yang dikenali.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hasssan, Sahida Abu 96759501 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning S Agriculture > SF Animal culture > Cows |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | A.D.F Enterprise ; Perternakan ; Membekalkan Susu ; Kangar Perlis. |
Date: | 1 December 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38218 |
Download
38218.PDF
Download (1MB)