Pusat Perbidanan Islam Darul Nisaa’ / Julia Amrita Ensuarnuruddin…[et al.]

Ensuarnuruddin, Julia Amrita and Md Isa, Nadia Amilina and Rahman, Noor Anita and Fadzil, Norhafiza and M Nasir, Zuhaily (1996) Pusat Perbidanan Islam Darul Nisaa’ / Julia Amrita Ensuarnuruddin…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Rancangan Perniagaan ini adalah perancangan untuk menubuhkan sebuah perniagaan yang memberikan perkhidmatan perbidanan 24 jam. Perniagaan kami adalah berbentuk perniagaan perkongsian dan diusahakan oleh rakan-rakan kongsi. Pcrniagaan kami adalah sebilangan kecil daripada beberapa buah pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan bersalin yang berbentuk Islam di Negeri Melaka. Kami yakin akan dapat mengorak langkah dengan lebih jauh lagi didalam bidang pcrkhidmatan ini. Kami menyatakan demikian bahawa ia memandangkan kepada faktor - faktor perkembangan semasa seperti pertambahan kelahiran bayi dari setahun ke setahun yang telah didaftarkan di Jabalan Pendaflaran Negeri Melaka khasnya.
Bagi wanita-wanita Islam yang bersalin dan mengutamakan kesucian tempat, keselesaan dan kebersihan, perkhidmatan yang kami tawarkan adalah salah salu daripada pilihan mereka. Sejajar dengan itu juga, kami memandang kehadapan dasar yang telah disarankan oleh Perdana Menteri kita iaitu Y.A.B Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad, berkenaan dengan Dasar Kependudukan 70 juta. Ini bermaksud dalam tahun 2020, jumlah penduduk kita diharapkan agar bcrlambah kepada 70 juta bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan yang semakin meningkat. Jadi tugas kami adalah dalam membantu merealisasikan dasar tersebut dan secara
tidak langsung khidmat kami adalah bagi memenuhi kehendak wanita-wanita Islam yang ingin melahirkan zuriat mereka mengikut apa yang dituntut dalam Islam.
Berdasarkan kepada faktor-faktor ini, kami telah bersetuju dan bersepakat untuk membuka sebuah perniagaan yang kami jangkakan akan memberi hasil yang besar untuk tahun yang akan datang disamping dapat mengangkat martabat ummah Islam khasnya. Kami juga telah sebulat suara memberikan nama perniagaan kami dengan nama Pusal Perbidanan Islam Darul Nisaa' yang akan beroperasi di Taman Malinja, Melaka. Pusat Perbidanan ini ditadbir oleh seorang Pengurus Besar, empat orang pegawai yang masing-masing mengendalikan bahagian pentadbiran, kewangan, pemasaran dan operasi. Kesemua mereka ini dibantu oleh seorang doktor dan seorang bidan.
Bagi memastikan perniagaan kami sentiasa mendapat tempat dalam pasaran oleh itu kami menitik beratkan soal kepuasan, kebersihan dan pcrkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan kami yang berminat.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ensuarnuruddin, Julia Amrita
94383041
Md Isa, Nadia Amilina
94502655
Rahman, Noor Anita
94550816
Fadzil, Norhafiza
94545344
M Nasir, Zuhaily
94544792
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Hussin, Shamsudin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship; Business development
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38167
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 38167.pdf] Text
38167.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

38167

Indexing

Statistic

Statistic details