Abstract
Program Pra Diploma (Sainsj telah di perkenalkan oleh Universili Teknologi MARA untuk memberi peluang kedua bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan untuk memperbaiki keupayaan penguasaan sains dan matematik mereka, seterusnya melayakkan mereka ditawarkan ke Program Diploma. Keberkesanan Program ini dalam sistem UiTM boleh dilihat sejauh mana pencapaian lulusan Program ini berjaya dalam Program Diploma. Kajian mendapati pelajar-pelajar berjaya menamatkan pengajian seperti yang diharapkan dan prestasi akademik mereka juga agak baik kerana berjaya mengatasi sasaran objektif kualiti UiTM Pulau Pinang. Selain pencapaian beberapa pelajar mendapat Anugerah Naib Canselor dan peratusan yang agak tinggi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah menunjukkan Program ini masih relevan dan menjadi salah satu sumber utama dalam mensasarkan enrolmen pelajar kepada 200,000 pada 2010.
Metadata
Download
37975.PDF
Download (112kB)