Caboot's Enterprise / Farah Sabryna Nasarudin…[et al.]

Nasarudin, Farah Sabryna and Mansor, Nurul Hidayah and Hairuddin, Marini and Ibrahim, Azimah and Osni Anuar, Abdul Hafiz (1999) Caboot's Enterprise / Farah Sabryna Nasarudin…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kami menyiapkan laporan Rancangan Perniagaan ini dengan sebaik mungkin berdasarkan apa yang telah diarahkan mengikut keupayaan yang ada pada diri kami sendiri.
Bidang Perniagaan dan Keusahawanan merupakan satu bidang yang begitu mencabar dan menguji diri. Bagi mereka yang ingin bergelar usahawan mestilah mempunyai ciri-ciri seorang usahawan di mana ia memerlukan ketabahan, kegigihan, kesabaran dan kesungguhan untuk berjaya. Di samping itu, seseorang usahawan perlu ada sifat daya juang, kreatif, inovatif, bersemangat waja dan peka terhadap peluang-peluang yang ada di sekelilingnya. Bagi tujuan itu, kami telah sebulat suara memilih untuk mengusahakan perniagaan berkonsepkan rekaan hiasan dalaman yang pada permulaannya tertumpu kepada set cadar dan kain langsir sahaja memandangkan ia merupakan satu bidang yang masih baru lagi diperkenalkan dalam dunia perniagaan. Citarasa suri rumah kini yang berubah-ubah dan sentiasa inginkan kelainan pada rumah kediaman mereka telah mendorong kami untuk melibatkan diri dalam bidang ini.
Bidang ini juga memperlihatkan masa depan yang cerah serta berpotensi untuk terus maju dan berkembang berpandukan kepada bilangan penduduk yang sentiasa bertambah dan kemajuan pembinaan kawasan perumahan yang didirikan sepanjang masa, mereka (suri rumah) pasti memerlukan khidmat sepertimana yang disediakan oleh perniagaan kami pada masa-masa akan datang. Selain itu, bidang ini kurang penglibatan dari kaum Bumiputera dan kami adalah salah satu daripada segelintir kaum Bumiputera yang sanggup menyahut cabaran bagi menguruskan perniagaan ini. Walaupun kami bakal menerima risiko ikutan dari penubuhan perniagaan ini, namun segalanya dapat diatasi dengan segala pengetahuan yang ada. Konsep perniagaan kami juga berlainan daripada kedai-kedai perabot dan kedai-kedai rekaan hiasan dalaman yang sedia ada kerana kami cuma menumpukan kepada rekaan hiasan dalaman bagi set cadar dan kain langsir sahaja. Kami juga yakin perniagaan yang dijalankan ini mampu mendapat sambutan yang hebat selari dengan matlamat kami.
Dengan harapan serta semangat yang tinggi, kami percaya perniagaan kami ini akan dijadikan contoh dan ikutan ramai usahawan terutamanya daripada golongan Bumiputera yang mahu berkecimpung dalam perniagaan berkonsepkan seperti kami. Di samping itu, ia dapat mewujudkan satu persaingan yang sihat di antara pengusaha-pengusaha lain seterusnya dapat memperbaiki setiap kelemahan pada masa-masa hadapan.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nasarudin, Farah Sabryna
97138747
Mansor, Nurul Hidayah
97205695
Hairuddin, Marini
97236039
Ibrahim, Azimah
97205384
Osni Anuar, Abdul Hafiz
97217829
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Zahirudin, Zubaidah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Business and Management
Keywords: Business planning; Entrepreneurship; Business management
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37937
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 37937.pdf] Text
37937.pdf

Download (112kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

37937

Indexing

Statistic

Statistic details