Parameter kehilangan pantulan (RL) komposit ferit (Lio.sFeo.s)o.4Nio.3ZnO.3Fe204 - termoplastik getah asli / Siti Atkah Abdul Hamid dan Abdul Aziz Mansor

Abdul Hamid, Siti Atkah and Mansor, Abdul Aziz (2002) Parameter kehilangan pantulan (RL) komposit ferit (Lio.sFeo.s)o.4Nio.3ZnO.3Fe204 - termoplastik getah asli / Siti Atkah Abdul Hamid dan Abdul Aziz Mansor. Gading Jurnal Akademik, 1,2 (7). pp. 58-66. ISSN 0128-5599
Abstract

Ferit lithium-nikel-zink (LNZ) dengan formula molekul (Lio.sFeo.s)O.4Nio.3ZnO.3Fe204
disediakan melalui kaedah keadaan pepejal di dalam udara. Termoplastik getah asli
(TPNR) disediakan dengan kaedah adunan lebur getah asli (NR) dan polipropilena
(PP) dengan getah asli cecair (LNR) sebagai pengserasi menggunakan mesin
pengadunan dalaman Brabender. Komposit yang terdiri daripada matriks
PP70/NR30 berpengisi dari 5 hingga 30 peratus berat ferit LNZ diadunkan dengan
kaedah adunan lebur menggunakan mesin pengadunan dalaman Brabender. Kesan
kandungan pengisi LNZ dan NR ke atas matriks PPINR terhadap sifat penyerapan
gelombang mikro masing-masing dikaji dengan menggunakan penganalisis
rangkaian gelombang mikro (MYNA). Kehilangan pantulan (RL) sangat dipengaruhi
oleh kandungan pengisi ferit LNZ dan NR di dalam matriks PP/NR. Dua keadaan
tanpa pantulan bagi kesemua sampel masing-masing berlaku pada julat frekuensi
yang rendah dan tinggi. Keadaan tanpa pantulan bagi ferit LNZ tulen masing-masing
dikaitkan dengan Iєr:"I = Iµr"'I dan ketebalan bahan sebesar ')J4, manakala untuk
matriks PP/NR dan komposit PP/NR/LNZ adalah dikaitkan dengan ketebalan bahan
sebesar ')J4 dan 3')J4, dengan Aadalah panjang gelombang di dalam bahan tersebut

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 37842.PDF]
Text
37842.PDF
Download (6MB)
Indexing & Metrics