Kesan amang semi proses ke atas kromosom Setcreasea Purpurea Boom / Sarina Hashim

Hashim, Sarina (2002) Kesan amang semi proses ke atas kromosom Setcreasea Purpurea Boom / Sarina Hashim. Gading Jurnal Akademik, 1,2 (7). pp. 36-43. ISSN 0128-5599

Abstract

Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang
disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi
daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah
kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM.).
Medium penahaman bagi bioindikator tumbuhan, Setcreasea purpurea Boom terdiri
daripada (a) tanah kawalan, (b) campuran tanah-amang semi proses (3:1) dan (c)
campuran tanah-amang semi proses (1 :3). Sampel hujung akar dikumpulkan selepas
lima hari penanaman sebingga hari ke-15. Sampel yang telah diambil dikenakan praperlakuan,
penetapan dan hidrolisis sel sebelum diwarnakan dengan larutao aseto
karmein (2%). Teknik skuas sampel hujung akar diatas slaid basah menyediakan satu
lapisan sel nipis untuk penyaringan kromosom. Analisis sitologi kromosom somatik
mendapati kromosom tumbuhan ini 2n = 24; terdiri daripada empat metasentrik dan
lapan submetasentrik. Medium pertumbuhan mengandungi amang semi proses
didapati menyebabkan kejadian aberasi kromosom yang dikesan daripada serakan
kromosom metafasa dalam sel hujung akar. Tahap kerosakan kromosom didapati
meningkat dengan tempoh perlakuan. Lesi kromatid dan serpihan asentrik adalah
jenis aberasi yang paling banyak dicerap akibat pendedahan kepada tanah amang semi
proses.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Sarina
hsarina@uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QH Natural history - Biology > biogeochemistry
S Agriculture > S Agriculture (General) > Agriculture and the environment
S Agriculture > S Agriculture (General) > Soils. Soil science. Including soil surveys, soil chemistry, soil structure, soil-plant relationships
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Jurnal Akademik
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 0128-5599
Volume: 1,2
Number: 7
Page Range: pp. 36-43
Keywords: Amang, Setcreasea purpurea Boom, Kesan sitotoksik, Genotoksik
Date: January 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37783
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 37783.PDF] Text
37783.PDF

Download (5MB)

ID Number

37783

Indexing

Statistic

Statistic details