Excel Group: Cadangan Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai / Azura Abas…[et al.]

Abas, Azura and Nasaruddin, Erly Yusnita and Jaafar, Haslinda and Dasuki, Sharol Suzane and Mohd Mokhtar, Mohd Mokhaizal (1996) Excel Group: Cadangan Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai / Azura Abas…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)

Abstract

Dewasa ini, seringkali kedengaran kisah-kisah yang menyayat hati dan memilukan menimpa keatas warga-warga tua di negara kita. Mereka sering ditinggalkan bersendirian dan kesunyian, bukan sahaja bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga tetapi ia terjadi juga kepada mereka yang berkeluarga. Punca yang paling ketara yang dapat dilihat secara nyata pada masa kini adalah kerana kesibukan ahli keluarga ataupun anak-anak terutamanya terhadap katier masing-masing. Ini menyebabkan kurangnya masa dapat diluangkan bersama mereka. Pastinya, warga tua ini akan rasa tersisih dan berkecil hati kerana warga tua amat menginginkan mereka agar sentiasa diberi perhatian. Walaupun pada hakikatnya ahli keluarga atau anak-anaknya tidak bermaksud begitu. Di dorong atas kepekaan kami terhadap fenomena yang teIjadi ini, maka kumpulan kami yang digelar "EXCEL GROUP" telah menyumbangkan idea-idea dan tenaga untuk menjayakan sebuah Cadangan Rancangan Perniagaan. iaitu Pusat Penjagaan Warga Tua Seri Damai Enterprise. Harapan kami adalah agar mampu menawarkan perkhidmatan penjagaan termasuklah rawatan dan pemulihan kepada warga tua yang merasakan dirinya bersendirian dan memerlukan teman disamping penjagaan yang sempurna.
Seterusnya, kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan sementara iaitu perkhidmatan yang membenarkan sesebuah keluarga itu meninggalkan orang tuanya di bawah penjagaan kami untuk sementara waktu samada kerana urusan kecemasan ataupun kerana urusan tertentu yang tidak mengizinkan mereka menjaganya. Perkhidmatan kami juga tertumpu kepada warga tua yang secara sukarela ingin mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan. Ini adalah bagi mereka yang tidak mahu menyusahkan anak-anak ataupun dalam keseorangan tanpa suami atau isteri ataupun zuriat. Melalui perkhidmatan yang kami tawarkan maka dapatlah warga tua ini memiliki teman seusia untuk mengatasi kesunyiannya, berhibur dan berbakti pada masyarakat selagi yang terdaya. Disamping itu, kami dapat menyumbang tenaga dalam memenuhi impian kerajaan untuk mewujudkan 'Masyarakat Penyayang dan Berbudaya'. Cadangan Rancangan Perniagaan ini merupakan satu cara kami berbakti kepada masyarakat disamping menjalankan kegiatan ekonomi yang dibenarkan. Justeru itu kami berharap agar segala aktiviti yang kami jalankan mandapat sokongan ramai dan menjadi ikutan atau pencetus kepada usahawan lain yang berinovatif untuk turut bergiat dalam bidang ini.

Metadata

Item Type: Entrepreneurship Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abas, Azura
94515147
Nasaruddin, Erly Yusnita
94511008
Jaafar, Haslinda
94561033
Dasuki, Sharol Suzane
94546180
Mohd Mokhtar, Mohd Mokhaizal
94638774
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Maideen, Abdul Hameed
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Keywords: Business plan; Business management; Entrepreneurship
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37782
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 37782.pdf] Text
37782.pdf

Download (153kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

37782

Indexing

Statistic

Statistic details