Abstract
Proses pembangunan yang begitu pesat pada masa ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai pencemaran kepada alam sekitar. Salah satu langkah untuk mengurangkan masalah ini adalah memperkenalkan bentuk saliran baru iaitu Saliran Mesra Alam.Sistem ini mengambil kira kualiti dan kuantiti air yang dilepaskan ke sumber air yang utama iaitu sungai. Sistem ini mempunyai beberapa bahagian iaitu swale, kolam takungan dan wetland buatan.Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan keputusan kualiti air yang diperolehi daripada wetland buatan dan takungan semulajadi. Hasil dari penyelidikan mendapati bahawa wetland buatan memberi kualiti air yang baik dan berupaya menyingkirkan benda asing yang terdapat di dalam air larian rebut berbanding dengan tasik semulajadi. Keputusan yang diperolehi dari kajian ini dapat membantu dalam proses meningkatkan kualiti air yang dibawa oleh air larian ribut.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Nur Asmaliza UNSPECIFIED Abdullah, Sharifah UNSPECIFIED Wan Salim, Wan Safizah UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > Hydrology. Water > Ground and surface waters > Lakes. Limnology. Ponds. Lagoons T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Programme: | Master of Science (EE780) |
Keywords: | Kualiti, Air, Wetland |
Date: | August 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37726 |
Download
37726.PDF
Download (851kB)