Abstract
Pembangunan semula kawasan 'Brownfield' merupakan sebuah pembangunan yang masih baru di Malaysia. Faktor utama di dalam menjalankan pembangunan bagi kawasan 'brownfield' inr adalab bertujuan bagi mengatasi masalah kekurangan tanah di kawasan pusat bandar. Ini kerana tanah-tanah di dalam kawasan pusatbandar sering kali mengalami pembaziran akibat bangunan-bangunan yang dibina tidak berfungsi dan seterusnya dibiarkan usang. Selain daripada itu, pembangunan secara ini dapat membantu di dalam mengurangkan pembukaan hutan yang barukerana masih ada kawasan brownfield yang masih boleh dibangunkan. Oleh yang demikian, terbentuknya kajian ini bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat diKawasan Perdagangan Pusat Bandar Ipoh. Untuk mencapai objektif kajian ini,penganlisian data-data yang diperolehi diperlukan. Segala data-data yang diperolehiadalah melalui beberapa kaedah iaitu melalut kaedah pengamatan bagi keadaan fizikal kawasan kajian, kaedah temu bual bersama Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Bangunan, Majlis Bandaraya Ipoh manakala kaedah soal selidik diberikan kepada orang awam yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Hasil penemuannya, mendapati bahawa pembangunan semula kawasan 'brownfield' mempunyai banyak kebaikan yang perlu digalakkan. Akhir sekali, cadangan pada kajianini adalah dengan menjalankan pembangunan melalui beberapa kaedah iaitu dengan menjalankan pembangunan secara pembangunan semula, pembaikkan semula dan pembangunan secara 'infill'. Kawasan brownfield merupakan kawasan yang perlu dibangunkan kerana kawasan ini akan membawa manafaat kepada semua lapisan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Meor Rosli, Mai Nurul Amirah UNSPECIFIED Raduan, Siti Nur Fatin UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Taharim, Johari UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Commercial buildings > Stores, Retail |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah |
Keywords: | Bangunan, Bandaraya, Ipoh |
Date: | September 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37519 |
Download
37519.PDF
Download (990kB)