Tropicana Jam Enterprise / Arafah Husin…[et al.]

Husin, Arafah and Mohd Idris, Neza Irdawate and Hasmuni, Nor Azlina and Ahmad Latffi, Noral Izleen and Muhd Saraib, Suzilah (1999) Tropicana Jam Enterprise / Arafah Husin…[et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia untuk hidup. Oleh itu industri makanan merupakan satu bidang perniagaan yang mempunyai peluang untuk maju dan mempunyai masa depan yang cerah.
Selaras dengan hasrat Kerajaan yang ingin melihat Bumiputera melibatkan diri dalam arena perniagaan, kami telah mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam perniagaan membuat jem daripada hasil-mahsul buah-buahan tropika iaitu terdiri daripada buah nanas, belimbing dan pink guava.
Kami memilih untuk menceburi perniagaan membuat jem kerana perniagaan yang berkonsepkan seperti perniagaan kami ini belum wujud secara komersial di Melaka. Jem yang dipasarkan secara komersial di Melaka adalah didatangkan dari negeri-negeri lain di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, jem memang mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini adalah kerana kesesuaiannya untuk dimakan dengan roti dan didapati juga permintaan terhadap jem sering meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan kerana ia juga digunakan dalam proses pembuatan biskut dan kek. Lazimnya pemasaran jem merupakan suatu pasaran yang tidak dihadkan oleh faktor masa dan keadaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 37497.pdf]
Text
37497.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics