Abstract
Dewasa ini penterjemahan satu bahasa kepada bahasa yang lain bukan hanya melibatkan manusia sahaja tetapi ia juga dapat dilakukan melalui aplikasi-aplikasi penterjemahan yang boleh didapati di dalam internet. Pada mulanya kemampuan aplikasi-aplikasi ini adalah menterjemahkan satu-satu perkataan namun sejak akhir-akhir ini ada aplikasi yang kelihatannya dapat menterjemahkan bukan sahaja perkataan bahkan dapat menterjemahkan frasa ayat lengkap dan buku. Antara aplikasi yang sering digunakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah aplikasi Google Translate yang di dalamnya terdapat penterjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Arab dan sebaliknya. Namun begitu sejauh manakah ketepatan hasil terjemahan Google Translate, apakah ianya sesuai digunakan untuk menerjemahkan teks-teks bahasa Melayu yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui ketepatan Google Translate dalam proses menterjemahkan teks bahasa Melayu ke bahasa Arab dan menerangkan kesalahan-kesalahan yang didapati melalui skrip main peranan (role play) yang disediakan pelajar UiTM Cawangan Melaka sebagai sebahagian dari ujian berterusan sepanjang semester. Kajian ini diharapkan mampu memberikan manfaat kepada para pengkaji bahasa Arab agar meminimumkan penggunaan Google Translate serta memperhalusi hasil penterjemahan terutama dalam perkara yang berkaitan kosa kata dan struktur ayat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sopian, Anuar UNSPECIFIED Kamarudin, Nur Asyikeen asyikeen@uitm.edu.my Hamzah, Fazlinda UNSPECIFIED Sharifudin, Mohd Azlan Shah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Journal Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Journal Advisor Ramlan, Aini Faezah UNSPECIFIED Chief Editor Ridzuan, Abdul Rauf UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Translating P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Media and Society (e-JOMS) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Media and Society (eJOMS) |
ISSN: | 2682-9193 |
Volume: | 5 |
Page Range: | pp. 1-8 |
Keywords: | Analisis; Penterjemahan; Teks Bahasa Arab; Aplikasi |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37360 |